Akhirnya, penantian 9.5 tahun sampai ke kemuncak.
Pada jam 7.49 pm waktu Malaysia tadi (14 Julai 2015), kapal angkasa New Horizons telah melintasi Pluto pada kelajuan 13.7 km SESAAT, sejauh 12512km dari permukaannya.
Ketika itu, kita di Malaysia semua sedang sibuk berbuka puasa dan solat Maghrib. Di sebelah ‘sana’, iaitu di pusat kawalan New Horizons, para jurutera dan petugas pasukan telah menyambut dengan penuh gembira di atas milestone yang paling penting dalam misi angkasa ini.
Dalam kekalutan cuba memahami apa yang sedang berlaku di pusat kawalan sana, tiba-tiba dunia dikejutkan dengan foto ‘terbaru’ Pluto, yang sungguh-sungguh mengkagumkan!
Mulanya rasa pelik juga dari mana datang gambar ini, kerana data yang dirakam oleh peninjau angkasa ini perlu mengambil masa 4.5 jam untuk sampai ke bumi.
Rupa-rupanya gambar ini dirakam 16 jam SEBELUM lintasan paling hampir tadi.
MasyaAllah!
Itulah yang saja dapat diucapkan! Bayangkan, sejak penemuan Pluto pada tahun 1930, kini pada tahun 2015 barulah kita dapat melihat permukaannya dengan begitu jelas.
Apa yang dapat dilihat di sini ialah kawasan berbentuk ‘love’ yang mula kelihatan dan dirakam pada 8 Julai 2015 lepas (foto bawah). Ketika itu resolusi masih rendah kerana kedudukan peninjau angkasa ini masih terlalu jauh.
Ok jom kita cuba faham apa yang ada dalam gambar tersebut. Saya telah buat tandaan (foto bawah) bagi memudahkan anda faham apo ko yang dia cakap ni nanti! Pemerhatian ini bersumberkan daripada ulasan Emily Lakdawalla.
Sudut yang kita lihat ini ialah mengadap ke kawasan kutub utara Pluto.
Jalur hitam (tandaan B) itu sebenarnya merentasi kawasan garisan Khatulistiwanya. Tompokan hitam itu hampir serupa dengan apa yang dilihat di salah sebuah bulan planet Zuhal, bernama Iapetus.
Foto di bawah menunjukkan keadaan permukaan bulan Iapetus (ini ialah bulan bagi Zuhal,, jangan confuse pulak)
Nampak kan, persamaan antara keduanya?
Bentuk ‘love’ (tandaan C) yang menjadi tumpuan ramai sebelum ini, pun sudah menunjukkan ciri unik. Bahagian sebelah kirinya kelihatan lebih ‘licin’ berbanding sebelah kanannya yang agak ‘bertompok-tompok’.
Kutub utara (tandaan D) pula kelihatan lebih kemerahan berbanding di kawasan sekeliling kutub tersebut. Ia seolah-olah sama seperti apa yang dilihat pada bulan Charon (foto bawah) beberapa hari lepas.
Akhir sekali ialah kawasan tompokan berbecak-becak (tandaan A) di sebelah kiri Pluto. Ini pun nampak serupa seperti apa yang dilihat pada bulan planet Neptune, bernama Triton pada tahun 1989.
Apa yang kita boleh jangkakan di sini ialah, gambar pertama ketika saat New Horizons melintasi Pluto petang tadi, bakal menunjukkan suasana jauh lebih jelas permukaan Pluto dan dapat memberi penjelasan mengenai rupabentuk buminya yang unik ini.
Kita tunggu awal pagi esok, Rabu 16 Julai 2015 waktu Malaysia, untuk gambar yang pertama sampai!
Seperkara lagi ialah, disebabkan peninjau ini amat jauh, ia terpaksa mengambil masa yang agak lama (16 bulan) untuk memancarkan kembali KESEMUA data yang diperolehi tadi. Maknanya, bermula esok hinggalah hujung tahun 2016 nanti, bersedialah untuk melihat berkepuk-kepuk gambar terbaru sebuah dunia kecil yang terletak 4.7 BILION KM daripada bumi ini!
Sangat2 menarik. Dpt juga tgk wajah sebenar planet pluto ni..
Ya! Hello pluto! 😀 planet yg dah nyaris2 dianaktirikan dek kau dok jauh sangatt..huhu
Sy rasa ini satu lagi donengan dr pihak NASA ke atas umat islam…setelah pembohongan pertama terbongkar tentang manusia smpai ke bulan…..