Hari ini terukir satu lagi sejarah dalam dunia Astronomi. Buat pertama kalinya, kita telah berjaya mengesan Gravitational Waves atau Gelombang Graviti.
Gelombang Graviti ini terhasil apabila 2 objek yang mempunyai jisim yang teramat besar, bergerak semakin laju, berlanggar atau meletup. Kesan Gelombang Graviti ini, jika dapat dikesan, akan memberi peluang kepada kita mempelajari lebih banyak mengenai objek berkenaan.
Penemuan oleh LIGO

Penemuan Gelombang Graviti ini dibuat menerusi projek bernama The Laser Inteferometer Gravitional-wave Obeservatory (atau LIGO) yang mana ketika ini terletak di 2 buah lokasi (di Washington dan Louisiana). Setelah kerja-kerja penambah-baikan yang dibuat selama 5 tahun, LIGO telah berjaya mengesan gelombang ini pada 14 Sep 2015 lepas.
Menurut Dr. Ian O’neill menerusi tulisannya di news.discovery.com , penemuan yang dibuat oleh LIGO Science Collaboration ini layak mendapat Hadiah Nobel, dan mungkin jauh lebih ketara pentingnya, berbanding penemuan Higgs Boson pada tahun 2012 dan juga penemuan Alam Semesta ini berkembang oleh Edwin Hubble pada tahun 1929.
Apakah sebenarnya yang ditemui oleh LIGO?
Gelombang Graviti ini kali pertama diperkenalkan menerusi kiraan dan teori oleh Albert Einstein pada tahun 1915 (100 tahun dulu!). yang mana beliau mengatakan gelombang ini memberi kesan terhadap “ruang dan masa” hasil daripada sebuah kejadian letupan atau gangguan di angkasa, yang amat kuat dan dahsyat.
Di dalam kes penemuan oleh LIGO ini, merupakan hasil daripada pergerakan amat laju 2 buah lohong hitam (black hole), yang berpusing-pusing dan terikat dalam tarikan gravtiti satu sama lain. Kejadian ini berlaku pada jarak 1.3 billion tahun cahaya daripada Bumi. Pusingan yang amat laju ini memberi kesan terhadap ‘ruang dan masa’ di sekitar lohong hitam tersebut, dalam bentuk Gelombang Graviti.
Namun, kedua-dua lohong hitam ini akhirnya kehilangan daya momentum, dan semakin lama semakin dekat menghampiri satu sama lain, sehinggalah pada satu saat, kedua-dua bercantum menjadi satu!
Video di bawah menunjukkan simulasi keadaan 2 buah lohong hitam yang bercantum.
Hasil cantuman ini amat dahsyat. Dalam masa kurang daripada 1 saat, lohong hitam yang bercantum ini akan kelihatan kehilangan 3 kali ganda jisim matahari. Kehilangan jisim ini akan bertukar menjadi tenaga graviti yang tulen, dan tenaga pertukaran ini memuncak sebanyak 50 kali ganda jumlah KESEMUA bintang yang ada alam alam semesta ini!
1.3 bilion tahun kemudian, Gelombang Graviti ini sampai ke Bumi, dan bak kata orang ‘ngam-ngam’ sampai pada saat LIGO telah siap proses penambah-baikannya!
Teori sebelum ini mengatakan, apabila 2 lohong hitam ini berlanggar dan bercantum, gelombang graviti ini akan menghasilkan denyutan nadi yang laju. Apabila saat ketika bercantum, kelajuan pusingan lohong hitam ini akan menjadi perlahan secara tiba-tiba, lalu nadi isyarat gelombang graviti ini akan menjadi tinggi buat seketika.
Itulah yang berjaya dikesan oleh LIGO!. Maknanya, teori menerusi matematik oleh Einstein sebelum ini telah berjaya dibukti menerusi pemerhatian dan penemuan secara terus (direct)!
Video di bawah menunjukkan data-data nadi gelombang graviti pada saat ia sedang nak bercantum, dan ketika ia sudah bercantum. Data-data ini telah ditukar dalam bentuk ‘bunyi’ supaya kita senang nak menggambarkan suasana tersebut.
Masih tak faham?
Kita mesti pernah membaling batu-batu kecil dalam kolam atau tasik, dan dalam lihat kesan gelombang air yang terhasil dalam bentuk bulatan, bermula dari titik batu itu jatuh menyentuh air. Sekarang cuba bayangkan kita baling sebuah batu-bata yang besar ke tempat yang sama. Kita akan nampak gelombang yang LEBIH BESAR kesan hentaman sebuah jasad yang lebih besar jisimnnya.
Itulah yang berlaku dalam kes Gelombang Graviti ini.

Seperkara lagi yang menarik ialah, nadi Gelombang Graviti ini dikesan terlebih dahulu di stesyen LIGO di Louisiana, dan 7 milisaat kemudian ia baru sampai di stesyen LIGO di Washington. Apabila saintis melakukan kiraan lanjut, didapati isyarat gelombang ini berasal dari kawasan langit sebelah selatan.
Jika lebih banyak stesyen LIGO ini dibina di seluruh dunia, kita akan berupaya mengesan lebih tepat titik lokasi berlakunya cantuman 2 lohong hitam ini.
Lembaran baru!
Apa pun, penemuan Gelombang Graviti oleh LIGO ini telah membuka lembaran baru dalam dunia Astronomi, yang mana sebelum ini kita hanya mampu melihat alam semesta menerusi spektrum elektromagnet (seperti cahaya, x-ray, UV dan lain-lain). Kini spektrum gelombang graviti ini akan memberi peluang kepada kita ‘melihat’ alam menerusi sudut pandangan yang baru.
Laporan kajian rasmi penemuan ini boleh didapati dari PAUTAN ini.
Wallahua’lam
Rujukan lain:.
- Gravitional Waves detected 100 years after Einstein’s prediction.
- We just Heard the Spacetime ‘Chirp of Black Hole Rebirth
- Scientists prove it’s still Einstein’s Universe and we’re all just living in it
- Four reasons to be excited about LIGO if you are not a scientist.
- Advanced LIGO resumes quest for Gravitational Waves
mcm gambar hidung babi lah. boleh pakai ke gambar nasa atheist nih? dahlah tajaan yahudi, percaya wujud alien pulak tu, siap kata manusia ni dna manipulation oleh alien lg.. tu gamba hidung babi mcm dalam movie angry bird watak yg dimainkan oleh org jahat si babi yg cuba masuk ke kawasan burung2 angry bird. haha jgn marah ye admin perbezaan pendapat itu perlu supaya kita terus2 berfikir diluar kotak
truth seeker ..Apasal sikit2 agenda yahudi, tipu daya dajal segala… yahudi tu bangsa berilmu,bkn bangsa penipu,tp jika meraka buat tipu helah kita tak mudah menyedarinya.. umat islam seharusnya menjadi umat pecinta ilmu,bkn menjadi golongan yg menafikan ilmu2 baru yg ditemui..padahal jika seseorng itu beriman ia sedia menpercayai bahawa ilmu Allah sangatlah luas, sedangkan golongan yg senang m’nerima spekulasi tentang agenda yahudi dan dajal sehingga menafika wujudnya alam semesta apakah golongan ini tak percaya kebesaran Allah tuhan yg maha pencipta oleh krana ilmu astronomi di kuasai Nasa.. apakah motif Nasa bersusah payah menkaji alam semesta hanya untuk menipu !? sepertinya kamu tak faham apa itu berfikir di luar kotak ..!!