Lagi berita pelik doomsday asteroid/komet muncul di internet, dan ditangkap muat oleh portal tempatan.
“Berita” yang mengatakan sebuah asteroid atau komet bernama 2016 WF9 akan berlanggar dengan Bumi, pada 25 Feb depan, setelah keluar dari sistem Nibiru, dan NASA menyembunyikan faktanya, kata seorang ‘pakar’ astronomi dari Rusia.
Ok, boleh baca sendiri dari sini –>http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/01/27/komet-bumi-teori/
Komen saya.
1. Objek 2016 WF9 wujud dan ditemui oleh projek NEOWISE pada 27 NOv 2016.
2. Projek NEOWISE adalah sebahagian daripada projek mencari dan memantau kehadiran asteroid-asteroid. Ia merupakan sebahagian daripada misi WISE (Wide-Field Infrared Survey Explorer) yang dilancarkan pada Disember 2009. Rujuk http://neowise.ipac.caltech.edu
3. Kiraan menunjukkan objek ini akan memasuki kawasan orbit Bumi pada 25 Feb 2017 pada jarak 51 JUTA KM.
4. Jarak purata Bumi ke Bulan ialah 384,400 KM. Jadi objek ini akan berada pada kedudukan 132.7 KALI GANDA LAGI JAUH DARI BULAN.
5. Maknanya IA TIDAK BERADA DALAM LALUAN untuk berlanggar dengan Bumi.
6. Sila rujuk janaan peta laluan objek ini yang dapat dilihat dari Bumi, ataupun dari sudut orbitnya di sini –> https://theskylive.com/2016wf9-info#elements
7. Betul, orbit objek ini mengelilingi matahari ialah 4.87 tahun.
8. Menurut “pakar Rusia” tu, objek ini keluar dari sistem Nibiru.
9. Ehemm.. Nibiru ialah cerita fiksyen karangan penulis Zecharia Sitchin pada tahun 1976, yang membuat tafsiran sendiri mengenai kononya sebuah planet dalam orbit 3600 tahun akan menghampiri Bumi.
10. Kisah Nibiru ini melarat-larat hingga tahun 2003 apabila seorang ahli ‘psikik’ Nancy Lieder mengatakan dia terima mesej dari alien yang kata Nibiru akan berlanggar dengan Bumi pada tahun tersebut. Apabila tiada apa2 yang muncul, dia adjust tarikh ke tahun 2012, yang mana masa tu pun tak ada apa-apa muncul.
11.Kalau ada orang kita yang MASIH percaya cerita ni, tak dapek pakcik nak tolong.
12. Dr. Dyomin Damir ni pun tak pernah didengar namanya di kalangan komuniti astronomi. Kalau cuba buat carian jurnal-jurnal astronomy, astrofizik yang ada, tak jumpa ‘kajiannya’.
13. Malah, besar kemungkinan dia tak wujud, (atau mungkin duduk kat planet asgard)
14. Berita yang dipetik oleh laman web mstar tadi dikatakan dari Mail Online, yang mana kita semua tahu ia merupakan laman web tabloid.
15. Jika buat carian, kita akan jumpa hampir kesemua berita ini dipaparkan di laman web tabloid dan bukannya khusus mengenai Astronomi.
16. Tidak ada laman-laman web khusus mengenai berita astronomi (seperti UniverseToday, Space.com, SkyandTelescope, Astronomy.com, AstronomyNow.com) yang membawa berita ini.
17. Komuniti Astronomi dunia (profesional ataupu amatur) tidak ada yang ambil peduli ‘cerita’ ini kerana sememangnya ia palsu, tidak benar dan hoax.
18. Jika ‘benar’ ia akan berlaku BULAN DEPAN, kenapa tidak ada paper yang dipublish sehingga hari ini mengenainya. Sila buat carian di https://arxiv.org
19. Untuk menuduh sesebuah organisasi itu tipu memang senang dan sesiapa saja boleh cakap. Tapi sila berikan sumber ASAL ‘berita’ jika benar, janganlah dengan semborono mencanang cerita palsu ke sana sini.
20. Saya dengan rendah diri memohon agar laman-laman berita di Malaysia, periksa dahulu sumber berita, check kesahihannya, kerana dengan membawa berita palsu sebegini akan menyebabkan kekecohan tak tentu pasal di kalangan masyarakat.
This mockery has to stop NOW!
Rujukan:
Wallahua’lam
Pos asal artikel ini dipapar di Facebook saya.