Ruangan Langit Minggu Ini, terpaksa diubah ke dalam format bulanan kerana kekangan masa. Minta maaf banyak-banyak atas kekurangan ini.
Jangan lupa subscribe ke Almanak Astronomi 2017 versi Google Calendar untuk dapat kemaskini yang terkini. Banyak tambahan diletakkan di sana.
Semoga bermanfaat.
Feb 1 Maghrib Conjunction. Bulan, Marikh dan Zuhrah sederet dalam kawasan 10 deg.
Pada Maghrib ini, 3 buah objek sistem suria iaitu Bulan, Marikh dan Zuhrah akan berada di dalam satu garisan sepanjang 10 darjah. Marikh merupakan yang paling kelam di antara ketiga-tiga objek ini, dan berada di antara Zuhrah dan Bulan.
Feb 2 Maghrib-Isya’. Conjunction. Uranus berada kurang 3 deg dari Bulan. Peluang menjejaki planet ini menggunakan binokular atau teleskop.
Planet Uranus akan berada agak hampir dengan Bulan, iaitu 3 darjah, atau lebih kurang 6 kali diameter bulan. Planet ini bersinar pada magnitud 5, dan boleh dilihat dengan binokular, namun untuk mencarinya perlu skil membaca peta bintang. Jadi, malam ini adalah peluang untuk kita mempergunakan Bulan sebagai penanda arah ke Uranus.

Feb 4 12:18 pm Fasa Bulan Sukuan Awal dalam buruj Aries
Bulan akan memasuki fasa Sukuan Awal, atau bulan separuh. Ia akan berada tegak di atas kepala apabila waktu Maghrib, dan terbenam menjelang tengah malam. Ia berada di dalam kawasan sempadan buruj Aries, namun dengan mata kasar, kita akan lihat ia lebih hampir masuk ke dalam kawasan buruj Taurus.

Feb 5 Maghrib-Isya’. Conjunction. Bulan berada 5 deg dari Aldebaran
Bulan sekali lagi akan melintasi hampir dengan bintang Aldebaran. Namun, tidak seperti bulan Januari lepas, lintasan kali ini hanya membawanya sekitar 5 darjah sahaja daripada bintang tersebut.

Feb 7 Maghrib-Isya’. Fasa Zuhrah. Kawasan cerah Zuhrah 35%
**Entri baru untuk AA2017 versi Google Calendar
Malam ini, kawasan planet Zuhrah yang disinari cahaya matahari dan dapat dilihat dari Bumi ialah pada 35% sahaja. Saiz planet ini menerusi teleskop pun semakin besar.

Feb 11 8:32 AM Fasa Bulan Penuh dalam buruj Leo dan Gerhana Bulan Penumbra (tetapi tak kelihatan dari Malaysia)
Bulan memasuki fasa Bulan Purnama di dalam buruj Leo. Ia juga akan memasuki bayang-bayang Bumi, lalu terjadinya gerhana bulan pernumbra. Malangnya di Malaysia, kita tidak dapat melihatnya kerana ia berlaku apabila waktu Subuh bermula, dan langit semakin cerah, sementara Bulan sendiri akan semakin rendah di ufuk barat.
Feb 11 ★ Isya’. Conjunction. Bulan berada kurang 1 deg dari Regulus
Malam ini, bintang Regulus akan berada kurang 1 darjah daripada Bulan. Regulus merupakan bintang paling cerah dalam buruj Leo. Kedua-duanya boleh dilihat terbit di ufuk barat sekitar waktu Isya’.
Seperkara yang menarik di sini ialah, jika kita melihat jarak kedua-dua objek ini, bermula ketika ia terbit hinggalah ke tengah malam, kita akan dapati ia semakin jauh, Ini menandakan pergerakan Bulan itu sendiri yang sedang perlahan-lahan bergerak ke arah timur.

Feb 13 Maghrib-Isya’. Fasa Zuhrah. Kawasan cerah Zuhrah 30%
**Entri baru untuk AA2017 versi Google Calendar
Malam ini, kawasan planet Zuhrah yang disinari cahaya matahari dan dapat dilihat dari Bumi ialah pada 3o% sahaja. Saiz planet ini menerusi teleskop pun semakin besar kepada 36.9 arc saat.

Feb 16 Subuh Conjunction. Bulan berada 3.8 deg dari Musytari. Membentuk segitiga dengan Spica.
Bulan, bersama dengan Musytari dan bintang Spica, akan membentuk satu formasi segitiga yang menarik. Ketiga-tiga objek ini sudah mula kelihatan pada jam 12 tengah malam (11 malam di Sabah), dan berada di langit sehinggalah waktu Subuh.

Feb 19 3:33 am Fasa Bulan Sukuan Akhir dalam buruj Scorpius.
Bulan memasuki fasa Sukuan Akhir di dalam buruj Scorpius. Ia akan terbit pada waktu tengah malam dan berada di atas kepala pada waktu matahari terbit.

Feb 19 Maghrib-Isya’. Fasa Zuhrah. Kawasan cerah Zuhrah 25%
**Entri baru untuk AA2017 versi Google Calendar
Malam ini, kawasan planet Zuhrah yang disinari cahaya matahari dan dapat dilihat dari Bumi ialah pada 25% sahaja. Saiz planet ini menerusi teleskop pun semakin besar kepada 40.5 arc saat.

Feb 21 Subuh. Conjunction. Bulan berada sekitar 3 deg dari Zuhal
Planet Zuhal akan berada hanya 3 darjah dari Bulan. Peluang sekali lagi untuk menjejaki kedudukan planet bergelang ini.

Feb 25 Maghrib-Isya’. Fasa Zuhrah. Kawasan cerah Zuhrah 20%
**Entri baru untuk AA2017 versi Google Calendar
Malam ini, kawasan planet Zuhrah yang disinari cahaya matahari dan dapat dilihat dari Bumi ialah pada 20% sahaja. Saiz planet ini menerusi teleskop pun semakin besar kepada 44.4 arc saat.

Feb 26 Subuh. Conjunction. Bulan berada 2 deg dari Utarid, amat rendah di ufuk Timur.
Secara praktikalnya, himpunan Bulan dan Utarid kali ini hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kerana ia amat rendah dan berada hampir dengan matahari.
Feb 26 10:58 pm Fasa Bulan Baru dalam buruj Aquarius.
Bulan memasuki fasa Bulan Baru (New Moon) pada jam 10.58 malam.
Feb 26-27 ★ Maghrib. Conjunction. Uranus berada kurang 1 deg dari Marikh. Peluang mencari Uranus menerusi teleskop atau binokular.
Pada kedua-dua tarikh ini, planet Uranus akan berada amat hampir dengan Marikh, kurang dari 1 darjah. Ini merupakan peluang keemasan sekali lagi untuk menjejaki planet Uranus, dengan berpandukan kedudukan planet Marikh. Jangan lepaskan peluang ini.

Feb 28 Maghrib. Conjunction. Zuhrah berada 12 deg dari Bulan.
Pada petang ini, Bulan sabit halus akan berada rendah di ufuk selepas Maghrib. Ia berada agak jauh ke kiri daripada Zuhrah,
