30 Jun merupakan Asteroid Day atau Hari Asteroid. Ia merupakan satu usaha kerjasama antara saintis, astronaut, ahli fizik, atris dan masyarakat awam yang mahu memberikan satu pendedahan ancaman asteroid terhadap Bumi ini. Ia juga berusaha untuk mencari satu penyelesaian yang mungkin boleh dipraktikkan andai kata ada ancaman baru asteroid pada masa akan datang.
Tarikh 30 Jun ini pilih bersempena dengan ulang tahun kejadian hentaman asteroid terbesar dalam sejarah, iaitu yang berlaku di Tunguska, Siberia pada tahun 1908. Kejadian yang dikenali sebagai The Tunguska Impact ini, terhasil daripada sebuah asteroid bersaiz 40 meter yang telah jatuh dan masuk ke dalam atmosfera Bumi dan meletup. Kesan letupannya menyebabkan kawasan hutan seluas 800 batu persegi musnah sama sekali!
Anda boleh baca lebih lanjut mengenai sejarah kejadian ini di sini.
Di antara matlamat Hari Asteroid ini ialah untuk cuba mencari dan menjejaki objek-objek yang dikenali sebagai Near-Earth Objects (NEO), iaitu objek kecil dan melintasi kawasan orbit Bumi dan berpotensi untuk berlanggar dengan Bumi. Apabila kita dapat menjejaki objek ini, amaran lebih awal akan dapat diberi dan memboleh kita buat sebarang persedian (yang mana termampu)!

Asteroid merupakan objek-objek bersaiz sederhana yang berada di dalam orbit mengelilingi matahari. Majoriti daripadanya berada di dalam kawasan antara orbit Marikh dan Musytari. Selainnya mempunyai orbit yang bersimpang-siur dan ada di antaranya melintasi orbit Bumi.

Setakat hari ini, lebih 15,000 buat asteroid telah ditemui dan dipantau pergerakannya.
To date, over 15,000 near-Earth asteroids have been discovered & catalogued. None pose a risk over next 100 yrs. https://t.co/I6gcx4p7TF pic.twitter.com/EYD2SHbeEE
— NASA Asteroid Watch (@AsteroidWatch) October 27, 2016
Pelbagai aktiviti yang dbuat di seluruh dunia bersempena dengan Hari Asteroid ini. Di antara yang menarik ialah satu live broadcast selama 24 jam oleh penganjur aktiviti di asteroidday.org.
Are you ready to rock around the clock with us on #AsteroidDay, June 30? Watch our 24-hour broadcast here https://t.co/w9CKFgkgOs pic.twitter.com/OMVOXDFb5C
— Asteroid Day ☄ (@AsteroidDay) June 22, 2017
InsyaAllah bermula sekarang hinggalah esok, sila follow juga twitter FalakOnline untuk dapatkan berita terbaru program Hari Asteroid yang sedang berlangsung di seluruh dunia.
Seperti biasa, ada di kalangan orang awam akan mempertikaikan usaha Hari Asteroid ini dan mengatakan ia sebagai gerakan sia-sia. Saya hanya boleh lontarkan soalan analogi sebegini.
“Andai kata kita melintas di jalan raya yang penuh dengan kenderaan yang bergerak. Adakah kita akan terus melintas dengan ‘harapan’ akan selamat sampai ke seberang jalan? Atau adakah kita akan berkira-kira dahulu, buat perancangan dan perhatikan kehadiran kenderaan yang ada? Mestilah kita akan melintas dengan berhati-hati. Dan jika ada kenderaan yang muncul, kita akan lakukan sesuatu samada berlari lebih laju, atau memberi isyarat supaya berhati-hati. Jaranglah kita main redah je…”
Ini semua adalah sifat naluri manusia untuk berusaha untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada sebarang bencana. Sama ada berjaya atau tidak, itu bukan urusan kita. Yang penting ialah kita sudah berusaha dahulu. Sebagai umat Islam, usaha dahulu dan kemudian bertawakal-lah kepada Allah SWT. Kedua-duanya penting. Usahlah kita mencampakkan diri ke dalam kebinasaan kejahilan ilmu. Tiba masanya untuk pertingkatkan tahap keintelektualan umat.
Selamat menyambut Hari Asteroid. Mudah-mudahan selepas hari ini, ilmu kita mengenai asteroid akan bertambah dan boleh disampaikan kepada anak cucu kita.
Wallahua’lam