Langit Minggu Ini 11-17 Feb 2019
Minggu ini agak menarik apabila planet Marikh akan melintasi planet Uranus. Jika anda tak pernah melihat planet ke-7 ini, gunalah peluang yang jarang-jarang berlaku ini. Selain itu, Zuhrah melintasi 2 buah gugusan bintang yang terang di buruj Sagittarius, serta mula menghampiri planet Zuhal!
- RujukAlmanak Astronomi 2019 untuk senarai lengkap.
- Muat turun versiKalendar Google AA2019 di sini.
11 Feb (Isnin) Subuh ini, perhatikan planet Zuhrah. Ia sedang melintasi di dalam kawasan langit yang padat dengan objek-objek langit dalam (deep sky objects) seperti gugusan-gugusan bintang yang cerah. [caption id=”attachment_6017” align=”alignnone” width=”600”]
Pandangan langit timur sekitar Subuh, 11 Feb 2019.[/caption] Pada pagi ini, Zuhrah akan melintasi gugusan bintang yang amat popular, iaitu M22, dan juga sebuah lagi gugusan M25. Ketiga-tiga objek ini berada dalam lingkungan medan 10 darjah sahaja. Ini bermakna, kesemuanya dalam dilihat serentak dalam satu medan pandangan sebuah binokular. [caption id=”attachment_6018” align=”alignnone” width=”599”]
Zuhrah melintasi 2 gugusan terang. Medan pandangan menerusi sebuah binokular.[/caption] Jika ada kamera dan sebuah lensa telefoto atau teleskop yang mempunyai panjang fokus yang pendek, cubalah rakam lintasan yang indah ini. Marikh berada 9 darjah di sisi barat Bulan. Lihat arah barat selepas Maghrib. Ia kelihatan seperti sebutir bintang merah yang sederhana terang sahaja. Tiada lagi kecerahan melampau seperti tahun lepas. Ia berada hampir 242 juta km daripada Bumi dan cahayanya kini mengambil masa hampir 14 minit untuk sampai ke kita! [caption id=”attachment_6022” align=”alignnone” width=”601”]
Kedudukan Marikh dan Bulan pada Maghrib 11 Feb 2019.[/caption]
12 Feb (Selasa) Subuh ini, teruskan pandangan anda terhadap planet Zuhrah. Ia masih berada hampir dengan 2 buah gugusan bintang yang terang, M22 dan M25 di dalam buruj Sagittarius. Jika terlepas semalam, pagi ini ada peluang lagi. [caption id=”attachment_6019” align=”alignnone” width=”601”]
Kedudukan Zuhrah dan gugusan M22 dan M25 pada Subuh ini.[/caption] Selepas Maghrib, jika anda mempunyai sebuah binokular atau teleskop berkuasa rendah, halakan ke arah Marikh. Disebelahnya akan kelihatan sebutir ‘bintang’ yang kelihatan seperti kehijauan sikit. Itu sebenarnya ialah planet Uranus! [caption id=”attachment_6024” align=”alignnone” width=”599”]
Cuba cari Uranus berpandukan planet Marikh. Ini merupakan medan pandangan sebuah binokular.[/caption] Pada hari ini ia akan melintasi 1 darjah sahaja dengan Marikh. 1 darjah itu umpama 2 kali diameter bulan purnama!
13 Feb (Rabu) Bulan memasuki fasa Sukuan Pertama pada jam 6:26 AM. Pada sebelah Maghrib, teruskan pemerhatian anda terhadap lintasan planet Marikh dan Uranus. Hari ini kedua-duanya lebih hampir, iaitu kurang 1 darjah sahaja. [caption id=”attachment_6025” align=”alignnone” width=”600”]
Kedudukan Marikh dan Uranus pada petang ini.[/caption] Walaupun keduanya nampak dekat antara satu sama lain, sebenarnya Uranus berada nun jauh ke belakang iaitu pada jarak 3 bilion km berbanding Marikh yang hanya berada sekitar 242 juta km ‘sahaja’. Cahaya dari Uranus mengambil masa 168 minit atau 2.8 JAM untuk sampai ke Bumi! Bintang Aldebaran berada 8 darjah dari Bulan. Gugusan Hyades dan Seven Sisters juga berada berhampiran. [caption id=”attachment_6027” align=”alignnone” width=”602”]
Kedudukan Bulan pada 13 Feb 2019[/caption]
14 Feb (Khamis) Pada waktu senja, Marikh dan Uranus mula kelihatan semakin menjauhi antara satu sama lain, berbanding 2 hari lepas. Jarak sudut antara keduanya ialah 1 darjah 14 minit. [caption id=”attachment_6026” align=”alignnone” width=”601”]
Uranus mula menjauhi Marikh.[/caption] Bulan mula bergerak ke sebelah timur bintang Aldebaran dan berada 6 darjah dari bintang tersebut. [caption id=”attachment_6028” align=”alignnone” width=”611”]
Kedudukan Bulan pada 14 Feb 2019[/caption]
16 Feb (Sabtu) Pada sekitar waktu Subuh, kelihatan planet Zuhrah sudah pun berada kurang 3 darjah daripada planet Zuhal. Kedua-dua planet ini akan melintasi paling hampir pada hari Selasa hadapan, 19 Feb 2019. [caption id=”attachment_6020” align=”alignnone” width=”601”]
Zuhrah dan Zuhal pada Subuh 16 feb 2019[/caption]
17 Feb (Ahad) Subuh ini, Zuhrah dan Zuhal dipisahkan 2 darjah sahaja! [caption id=”attachment_6021” align=”alignnone” width=”600”]
Zuhal dan Zuhrah semakin hampir pada Subuh 17 Feb 2019.[/caption]