Fokus peminat dan pengkaji astronomi sekarang tertumpu kepada lintasan asteroid 1998 OR2!

Berita Fenomena Highlights Meteor, Komet dan Asteroid Sistem Solar

Akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Asteroid bernama 1998 OR2 akan melintasi Bumi pada jarak 16 kali ganda jarak bumi ke bulan, pada jam 5:56 petang 29 April 2020 waktu Malaysia nanti.

Saya ada menulis artikel Asteroid 1998 OR2 akan melintasi Bumi pada bulan hadapan tetapi tidak akan berlanggar. Kenapa ye? mengenai asteroid ini pada bulan lepas.

Pagi tadi, saya ada buat penerangan ringkas mengenai lintasan ini di FB saya (rujuk link di bawah)

Cadangnya, saya nak kongsi juga beberapa simulasi laluan asteroid ini dari langit Malaysia, tetapi didapati ada masalah sedikit terhadap live strim yang dibuat, maka terpaksa diringkas sedikit masa itu.

Apa pun, di bawah ini saya paparkan peta bintang kawasan langit di mana asteroid 1998 OR2 akan melintas dari langit Malaysia.

Kedudukan secara kasar asteroid 1998 OR2 pada jam 10 malam setiap malam bermula 27 April hingga 1 Mei 2020.
Kedudukan lebih dekat. Asteroid ini akan melintasi buruj Hydra dan sebelah selatan buruj Crater.
Pergerakan asteroid ini amat laju pada malam 28 April 2020
Pergerakan asteroid pada jam 10 malam 29 April 2020

Satu perkara yang menarik daripada kiraan Stellarium di atas ialah pada malam 29 April 2020 nanti, asteroid ini akan bergerak separuh diameter Bulan dalam masa 1 jam sahaja!

Maknanya, jika kita berpeluang menggunakan teleskop yang besar, atau ambil gambar secara berturutan berselang-seli selama 1 minit, dalam masa 1 jam itu pun kita dah dapat lihat pergerakan asteroid itu secara LIVE!

Harus ingat ye, asteroid 1998 OR2 ini akan melintasi Bumi pada jarak 16 kali ganda Bumi ke Bulan, jauh tu… dan tidak akan berlanggar dengan Bumi.

Namun begitu, jauh-jauh begitu pun kita dah boleh lihat ia bergerak amat laju!

Saya kirakan, jika kita ambil gambar menerusi teleskop dan melakukan dedahan selama lebih dari 1 minit, kita akan merakam asteroid ini seperti satu garisan. Ia akan trailing!

Asteroid ini akan bersinar pada magnitud 11, tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan memerlukan teleskop yang besar untuk melihatkan dengan selesa.

Jika anda mempunyai teleskop berkomputer GoTo, cuba masukkan kordinat Right Ascension dan Declination di bawah bagi membidik tepat ke lokasi asteroid itu. Memandangkan asteroid ini akan terbenam sekitar jam 3 pagi (2 pagi di Sabah), maka saya hadkan senarai bermula jam 8 malam hingga 2 pagi sahaja. Efemeris ini dijana menggunakan Stellarium.

27 April 2020

Date and Time, RA (J2000), Dec (J2000)
2020-04-27 20:00:00, 10h14m10.3s, -11°57'03.0"
2020-04-27 21:00:00, 10h14m42.9s, -12°10'39.7"
2020-04-27 22:00:00, 10h15m15.6s, -12°24'14.9"
2020-04-27 23:00:00, 10h15m48.7s, -12°37'48.6"
2020-04-28 00:00:00, 10h16m22.3s, -12°51'20.8"
2020-04-28 01:00:00, 10h16m56.8s, -13°04'51.7"
2020-04-28 02:00:00, 10h17m32.1s, -13°18'22.0"

28 April 2020

Date and Time, RA (J2000), Dec (J2000)
2020-04-28 20:00:00,   10h29m20.3s, -17°28'15.6"
2020-04-28 21:00:00,   10h29m56.4s, -17°42'16.8"
2020-04-28 22:00:00,   10h30m32.6s, -17°56'14.1"
2020-04-28 23:00:00,   10h31m09.1s, -18°10'07.5"
2020-04-29 00:00:00,   10h31m46.1s, -18°23'56.9"
2020-04-29 01:00:00,   10h32m24.0s, -18°37'43.0"
2020-04-29 02:00:00,   10h33m02.8s, -18°51'26.3"

29 April 2020

Date and Time, RA (J2000), Dec (J2000)
2020-04-29 20:00:00, 10h45m59.0s, -23°03'21.9"
2020-04-29 21:00:00, 10h46m38.7s, -23°17'19.9"
2020-04-29 22:00:00, 10h47m18.5s, -23°31'11.7"
2020-04-29 23:00:00, 10h47m58.5s, -23°44'56.9"
2020-04-30 00:00:00, 10h48m39.1s, -23°58'35.8"
2020-04-30 01:00:00, 10h49m20.4s, -24°12'08.9"
2020-04-30 02:00:00, 10h50m02.7s, -24°25'37.0"

30 April 2020

Date and Time, RA (J2000), Dec (J2000)
2020-04-30 20:00:00, 11h04m07.2s, -28°30'35.6"
2020-04-30 21:00:00, 11h04m50.5s, -28°44'01.1"
2020-04-30 22:00:00, 11h05m33.8s, -28°57'18.0"
2020-04-30 23:00:00, 11h06m17.3s, -29°10'26.1"
2020-05-01 00:00:00, 11h07m01.3s, -29°23'25.5"
2020-05-01 01:00:00, 11h07m46.0s, -29°36'16.8"
2020-05-01 02:00:00, 11h08m31.6s, -29°49'01.1"

1 Mei 2020

Date and Time, RA (J2000), Dec (J2000)
2020-05-01 20:00:00, 11h23m41.1s, -33°38'22.9"
2020-05-01 21:00:00, 11h24m27.8s, -33°50'49.2"
2020-05-01 22:00:00, 11h25m14.4s, -34°03'05.2"
2020-05-01 23:00:00, 11h26m01.1s, -34°15'10.5"
2020-05-02 00:00:00, 11h26m48.2s, -34°27'05.3"
2020-05-02 01:00:00, 11h27m35.9s, -34°38'50.1"
2020-05-02 02:00:00, 11h28m24.6s, -34°50'26.2"

Ketika asteroid ini melintasi Bumi pada poin paling dekat, iaitu jam 5:56pm, ketika itu siang di Malaysia, maka kita akan miss momen tersebut.

Apakah rupa asteroid ini sekarang?

Asteroid 1998 OR2 ini, walaupun saiznya 2 km, tetapi pada jarak 16 kali ganda lebih jauh dari Bulan, dengan menggunakan teleskop paling besar pun, kita hanya mampu melihatnya seperti satu titik sahaja.

Apabila saya melungsuri twitter, didapati banyak foto-foto yang sudah mula dikongsi. Di antaranya ialah foto yang dirakam menggunakan teleskop radio di Arecibo, yang berjaya memantulkan isyarat radio ke permukaan asteroid itu dan menterjemahkan data yang diterima ke dalam bentuk gambar!

Saya senaraikan beberapa tweet yang menarik di bawah:

https://twitter.com/Christoz43/status/1254773892654043139?s=20

Jika cuaca mengizinkan, InsyaALlah saya akan cuba lakukan LIVE strim sesi cerapan saya ke Facebook saya nanti. Tunggu pengumuman saya.

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments