1 minute read

Tepat pada waktunya, prob perayau NASA, Perseverance telah selamat mendarat di atas permukaan Marikh!

Momen getir 20-30 minit sebelum pendaratan yang boleh dikatakan senyap sunyi di dalam bilik kawalan di JPL, akhirnya semua bersorak gembira dan lega apabila isyarat dari perayau Perseverance akhirnya diterima pada jam 4:55 AM Waktu Malaysia!

Suasana di dalam bilik kawalan di JPL apabila menerima isyarat dari Perseverance

Siaran live NASA di YouTube menunjukkan fasa-fasa ketika prob ini dalam perjalanan ke permukaan Marikh. Ketika mereka menerima isyarat itu, sebenarnya ia telah pun berlaku di Marikh. Kita terpaksa menunggu 7 minit untuk isyarat itu sampai.

https://twitter.com/NASA/status/1362507074807205909?s=20

Sebaik sahaja isyarat mendarat diterima, tidak selepas itu, foto pertama dari atas permukaan Marikh telah dipancarkan kembali.

Foto pertama

Tidak lama selepas itu, foto kedua pula diterima

Foto kedua.

Foto-foto ini juga penting kerana ia telah menunjukkan perayau ini mendarat dalam keadaan sempurna dan tak tonggang terbalik!

https://twitter.com/NASA/status/1362507497450459138?s=20

Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah menurut pengurus projek Ingenuity (helikopter pertama Marikh), Mimi Aung, helikopter kecil yang dibawa bersama-sama dengan Perseverance ini dijangka akan cuba diterbang esok!

https://twitter.com/NASA/status/1362513282557427713?s=20

Adakah Perseverance betul-betul telah berjaya mendarat di lokasi yang ditetapkan, iaitu di dalam kawah Jezero? Setakat saya menulis artikel ini ( 5:30 AM!!) , belum ada berita lagi.

Rasanya kita akan dapat maklumat lebih jelas ketika pengumuman rasmi nanti, yang dijadualkan sebentar lagi pada jam 6:30 pagi waktu Malaysia.

Nampak gaya kesemua tiga misi angkasa ke Marikh, bermula dari UAE, China dan sekarang Amerika Syarikat, telah berjaya sampai ke planet ke-4 itu.

Jom kita nantikan apakah penemuan-penemuan baru yang bakal dikongsi nanti.

Ok rehat dulu. Ulasan saya seterusnya petang Jumaat nanti!

Jom Subuh!