Jadual waktu fenomena penghijaban Zuhrah pada 27 Mei 2022 ini.

Blog Fenomena Gerhana, Transit & Penghijaban

Pada sekitar jam 10 pagi hari Jumaat, 27 Mei 2022 ini, planet Zuhrah akan terhijab oleh Bulan, suatu fenomena yang dikenali sebagai penghijaban atau occultation.

Fenomena penghijaban ini merupakan kejadian samawi yang selalu berlaku, terutama sekali apabila ia melibatkan Bulan. Di langit, Bulan bergerak perlahan-lahan ke arah timur berdasarkan bintang-bintang di langit (ini berbeza dengan pergerakan terbit terbenam dari timur ke barat).

Kadar pergerakan Bulan ialah sekitar 0.5 darjah setiap jam. Jika berhampiran dengan Bulan itu ada objek lain seperti bintang atau planet, kesan atau efek pergerakan Bulan itu dapat dilihat dengan lebih jelas.

Simulasi posisi Zuhrah dan Bulan dari sekitar Kuala Lumpur.

Namun fenomena ini tidak semestinya berlaku pada waktu malam, ia juga boleh berlaku pada waktu siang.

Menurut kiraan efemeris falak, Bulan akan bergerak di hadapan planet Zuhrah pada sekitar jam 10 pagi hari Jumaat ini. Namun waktu ini tidak sama di semua tempat. Akan ada sedikit perbezaan waktu Zuhrah ini hilang bergantung kepada lokasi kita.

Kiraan di bawah menunjukkan waktu mula cakera Zuhrah itu menyentuh sisi Bulan, dan waktu keseluruhan cakera Zuhrah itu hilang di belakang Bulan. Saya mengambil kiraan ini dari Ephemeris Computation Office NAOJ.

Apa yang saya maksudkan dengan ‘cakera Zuhrah’? Planet Zuhrah ini (dan juga semua planet-planet utama di dalam sistem suria) mempunyai ‘saiz’ yang boleh dikesan menerusi teleskop. Bintang-bintang di langit tidak mempunyai ‘saiz’ dan hanya kelihatan seperti satu titik sahaja. Oleh itu, disebabkan ada ‘saiz’, maka untuk keseluruhan bentuk planet itu hilang, ia akan mengambil masa sedikit bergantung kepada saiz planet itu di langit.

2022-05-2710:19:44Disappearance starts
2022-05-2710:20:34Disappearance ends
Kiraan dari lokasi balaicerap penulis, ShahGazer Observatory

Di dalam kes di balaicerap saya di atas ini, waktu cakera Zuhrah mula sentuh Bulan (Disappearance starts) ialah 10:19:44 AM, dan keseluruhan cakera Zuhrah hilang (Disappearance ends) dari pandangan ialah 10:20:34 AM. Keseluruhan proses ini mengambil masa 50 saat.

Contoh pandangan menerusi teleskop berkuasa tinggi adalah seperti di bawah.

Simulasi Bulan bergerak di hadapan planet Zuhrah. Ia mengambil masa sedikit untuk keseluruhan bentuk cakera Zuhrah hilang dari pandangan. SkySafari Pro

Anda boleh dapatkan waktu mula planet Zuhrah ini menyentuh Bulan sehinggalah ia hilang dari pandangan berdasarkan lokasi masing-masing dengan menggunakan aplikasi web dari NAOJ di atas. Apa pun di bawah saya dah tolong kira dan sediakan jadual waktu bagi bandar-bandar utama di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Kuala Lumpur

2022-05-2710:19:45Disappearance starts
2022-05-2710:20:35Disappearance ends

Johor Bharu

2022-05-2710:19:13Disappearance starts
2022-05-2710:20:02Disappearance ends

Bandar Melaka

2022-05-2710:18:00Disappearance starts
2022-05-2710:18:50Disappearance ends

Seremban

2022-05-2710:18:57Disappearance starts
2022-05-2710:19:47Disappearance ends

Shah Alam

2022-05-2710:19:13Disappearance starts
2022-05-2710:20:03Disappearance ends

Kuantan

2022-05-2710:24:44Disappearance starts
2022-05-2710:25:34Disappearance ends

Ipoh

2022-05-2710:23:15Disappearance starts
2022-05-2710:24:06Disappearance ends

Georgetown

2022-05-2710:24:52Disappearance starts
2022-05-2710:25:44Disappearance ends

Alor Setar

2022-05-2710:27:21Disappearance starts
2022-05-2710:28:14Disappearance ends

Kangar

2022-05-2710:28:15Disappearance starts
2022-05-2710:29:08Disappearance ends

Kuala Terengganu

2022-05-2710:28:51Disappearance starts
2022-05-2710:29:42Disappearance ends

Kota Bharu

2022-05-2710:29:55Disappearance starts
2022-05-2710:30:47Disappearance ends

Kuching

2022-05-2710:37:15Disappearance starts
2022-05-2710:38:08Disappearance ends

Sibu

2022-05-2710:43:18Disappearance starts
2022-05-2710:44:11Disappearance ends

Bintulu

2022-05-2710:48:45Disappearance starts
2022-05-2710:49:38Disappearance ends

Miri

2022-05-2710:53:53Disappearance starts
2022-05-2710:54:46Disappearance ends

Kota Kinabalu

2022-05-2711:03:01Disappearance starts
2022-05-2711:03:53Disappearance ends

Singapura

2022-05-2710:19:01Disappearance starts
2022-05-2710:19:51Disappearance ends

Bandar Seri Begawan

2022-05-2710:57:44Disappearance starts
2022-05-2710:58:36Disappearance ends

Acheh (Waktu dalam GMT + 8)

2022-05-2710:21:19Disappearance starts
2022-05-2710:22:19Disappearance ends

Jakarta (Waktu dalam GMT + 8)

2022-05-2710:12:35Disappearance starts
2022-05-2710:13:31Disappearance ends

Saya tidak masukkan waktu planet Zuhrah ini muncul semula di bahagisan sisi ‘malam’ Bulan kerana ia berlaku sekitar jam 12 tengah hari dan waktu itu dah mula sibuk nak pi solat Jumaat! Tapi anda masih boleh dapatkan waktu muncul atau Reappearance planet Zuhrah menerusi aplikasi web NAOJ tadi.

Disebabkan fenomena ini berlaku pada waktu siang sekitar jam 10 pagi, maka langit sudah pun terang dengan cahaya Matahari. Oleh itu ia TIDAK BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR… MELAINKAN anda mempunyai langit yang 100% tiada awan dan anda BERPENGALAMAN melihat planet Zuhrah pada waktu siang.

Secara amnya, anda perlukan teleskop penjejak (GoTo) yang boleh mengikut pergerakan Zuhrah dan Bulan bermula dari waktu Subuh sehinggalah pada saat penghijaban ini berlaku.

Hati-hati apabila menggunakan teleskop penjejak pada waktu siang. Teleskop tidak boleh dihalakan ke arah Matahari kerana ia boleh menyebabkan kanta di dalamnya rosak terbakar dan mata anda akan BUTA! So.. kena hati-hati.

Cadangan saya ialah halakan teleskop penjejak anda ke arah Zuhrah pada waktu Subuh, dan biarkan ia bergerak mengikut pergerakan merentasi langit secara automatik. Jika setting teleskop anda kurang tepat, anda mungkin akan terpaksa dari semasa ke semasa menyemak menerusi teleskop samada Zuhrah masih di dalam medan pandangan atau pun tidak.

Fenomena penghijaban ini amat jarang-jarang dapat diihat dari langit kawasan Malaysia. Maka jika ada peluang, cubalah luangkan masa untuk mencerapnya kali ini.

Video di bawah ialah contoh suasana fenomena yang hampir serupa berlaku pada tahun 2014 di Perlis. Cerapan ini dibuat sekitar jam 2 petang dalam suasana langit tiada awan langsung dan panas lit-lit!

Selamat mencerap semua!

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments