VIRAL LAGI! Dengar khabar video viral Bulan besar terbit laju dekat Kanada, Rusia etc tersebar lagi.

**** msg viral ****
Video itu dirakam di dalam Bulatan Artik, betul-betul di antara sempadan Kanada, Alaska dan Rusia… Ia hanya mengambil masa beberapa saat tetapi patut mengagumi pemandangan yang menakjubkan.. Fenomena ini hanya boleh dilihat sekali setahun selama 36 saat; Bulan muncul dalam kegemilangan penuh dan kemudian hilang.. sehinggakan ia kelihatan seperti akan berlanggar dengan bumi.. dan sejurus selepas itu selama 5 saat akan berlaku gerhana matahari penuh, di mana semuanya akan menjadi gelap. Fenomena ini hanya berlaku di titik perigee (titik di mana bulan paling hampir dengan bumi) dan di sana kita dapat melihat kelajuan yang hebat planet kita bergerak.. Maha Suci Allah, Pencipta, jurugambar.
******end msg viral ************
1. Seingat saya, video ni kali pertama pernah viral dgn ulasan sedemikian pada tahun lepas 2021.
2. Saya dah buat video respon masa tu. Rujuk –> https://www.youtube.com/watch?v=SZBjlHxLong
3. Berdasarkan carian, video asalnya ialah pada tahun 2013 yang mana ada grafik artis buat simulasi dengan mengatakan “andaikata Bulan mengorbit Bumi pada jarak sama dengan International Space Station (ISS) ”
4. Ni link video asal 2013 simulasi tu –> https://youtu.be/oBDZtt0vWD8
5. Ye bang, video tu asalnya SIMULASI KOMPUTER… orang yang buat video tu pun dah TERANG-TERANG cakap SIMULASI.
6. Seperti biasa, masuk je ke masyarakat kita, ada la yang bagi ulasan dengan tambah rencah bagi ada rasa manis, asam pedas dan berlemak-lemak. (rujuk msg asal viral yang saya terima di bawah)
7. Pergerakan Bulan dekat macam tu memang senang boleh dibuat menggunakan perisian Stellarium.
8. Jika ia ‘benar-benar berlaku’.. mana gambar dari orang lain yang duduk kat ‘kanada, alaska dan rusia’ tu? Takkan gambar video youtube je..
9. Jika ‘benar berlaku’, bila tarikh kejadian? Tak kan tak ada tarikh? Kalau ada tarikh mesti keluar berita di surat akhbar di kanada, alaska dan rusia tu….
10. Jika dikatakan berlaku gerhana matahari tu, mana maklumat dan jadual ‘gerhana’ tu di laman web astronomi yang berautoriti?
11. Dikatakan ‘Fenomena ini hanya berlaku di titik perigee (titik di mana bulan paling hampir dengan bumi) ‘ –> bang, Bulan sentiasa akan kembali ke titik perigee SETIAP BULAN’ dan bukannya boleh nampak ‘sekali setahun’.
12. Nak suruh masyarakat kagum dan insaf dengan kebesaran Allah SWT, tak perlu menggunakan berita palsu yang kita sendiri tak tahu hujung pangkal sumber ceritanya. Tengok kejadian langit, bumi, siang, malam setiap hari pun dah jelas buktinya.
13. Tu sebab kena mengaji sikit ilmu falak, ilmu astronomi. Bukan nak suruh sampai kita jadi pakar, tapi sekurang-kurang benda asas seperti pergerakan siang, malam, pergerakan bulan tiap-tiap hari tu pun dah cukup.
14. Boleh download video penerangan saya dalam format mp4 di SINI.