Gelang Zuhal yang semakin menghilang

Fenomena

Jika anda sempat melihat planet Zuhal menerusi teleskop pada tahun ini pasti akan dapat lihat rupa bentuk gelangnya yang semakin menipis.

Ini disebabkan sudut pandangan kita dari Bumi hampir sama satah dengan gelang planet ini. Seolah-olah kita sedang melihat sehelai kertas A4 dari tepi atau sisinya.

Perubahan bentuk gelang Zuhal ini berulang setiap 15 tahun. Jika anda google, istilah ring-plane crossing merupakan istilah yang digunapakai di dalam dunia astronomi.

Kali terakhir gelang ini dilihat dari tepi ialah sekitar tahun 2010. Seterusnya akan berlaku sekitar tahun 2024-2025.

Rasanya ada saya ambil gambar tahun 2010 tu tapi mana tah simpan… kena pi cari dulu!

Saya sempat merakam Zuhal baru-baru ini dan fotonya adalah seperti di bawah.

Rupa-rupanya inilah foto pertama planet Zuhal yang saya rakam untuk tahun 2023 ini! Aduhhh!

Di bawah pula ialah saya susun koleksi Zuhal yang dirakam dari 2018 hingga 2023

Saya lakukan simulasi menggunakan Sky Safari yang mendapati pada 23 atau 24 Mac 2025 nanti, adalah momen kita betul-betul sedang lihat gelang Zuhal dari sudut paling halus.

Simulasi bentuk gelang Zuhal pada 23-24 Mac 2025.

Buat masa ini, Zuhal sudah semakin rendah ke ufuk barat pada waktu Maghrib. Dalam masa sebulan lagi ia dah jadi terlalu rendah untuk dicerap dengan mudah.

Jadi, jika anda belum lagi sempat meneropong planet Zuhal, inilah peluang-peluang terakhir sebelum ia lenyap dari pandangan dan muncul semula di langit Subuh sekitar April tahun depan pula.

Selamat mencerap.

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments