Kiraan tidak rasmi Hilal Zulhijjah 1445H

Berita Umum

Berikut merupakan kiraan tidak rasmi kedudukan hilal bulan Zulhijjah 1445H bagi menyambut kedatangan Aidil Adha 1445H nanti. Saya menggunakan librari Python, pyephem untuk membangunkan satu modul kecil untuk mengira:

i. Altitud Bulan dan Matahari ketika Maghrib
ii. Jarak lengkung (elongation) di antara Bulan dan Matahari pada waktu Maghrib.

Saya tidak mengira umur bulan untuk versi ini.

Berdasarkan kiraan dan paparan di atas, untuk lokasi Menara Kuala Lumpur (di mana saya bertugas sebagai AJK Rukyah Wilayah Persekutuan), data kedudukan Bulan dan Matahari adalah seperti berikut:

i. Ketinggian Bulan ketika Maghrib = 10.16 darjah
ii. Jarak Lengkung Bulan ke Matahari ketika Maghrib = 12.14 darjah.

Berpandukan dengan kriteria Imkanur Rukyah baru yang dipersetujui oleh MABIMS, saya quote di bawah:


Perubahan nilai Kriteria Imkanur Rukyah yang baharu iaitu ketika matahari terbenam ketinggian bulan tidak kurang dari 3° dan jarak lengkung Bulan Matahri (elongasi) tidak kurang dari 6.4° dan bersetuju untuk pelaksanaannya pada tahun 2021 (Muharram 1443H) selaras dengan keputusan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Kali Ke-44.

https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/27/pandangan-hukum-syarak-penggunaan-kriteria-baharu-imkanur-rukyah-bagi-penentuan-awal-bulan-hijrah-dalam-kalendar-hijrah-di-malaysia/

Maka di dapati kedua-dua nilai ketinggian bulan dan jarak lengkung telah melepasi dan memenuhi syarat kriteria Imkanur Rukyah tersebut.

Maka 1 Zulhijjah 1445 jatuh pada keesokannya, 8 Jun 2024, dan Hari Raya Korban 10 Zuilhijjah 1445H jatuh pada hari Isnin, 17 Jun 2024. Namun tarikh sebenar tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Di dalam rajah di atas juga dipaparkan kehadiran planet Zuhrah rendah di ufuk ketika Maghrib. Disebabkan ia terlampau hampir dengan Matahari, maka secara realitinya planet ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan juga teleskop.

Di bawah pula ialah sudut kedudukan bentuk sabit Hilal apabila dicerap menerusi kamera yang mempunyai medan pandangan 3.0 darjah X 2.0 darjah.

Bentuk hilal kali ini seperti huruf Ro “ر ” dalam keadaan ‘mirror image’.

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments