Penghijaban/Occultation gugusan bintang Seven Sisters / Al-Thurayya
Selasa, 30 Julai 2024: 3 PAGI – 6 PAGI MYT
Pada awal pagi hari Selasa, 30 Julai 2024 nanti, Bulan akan sekali lagi bergerak di hadapan dan menghijab gugusan bintang Seven Sisters.
1. Fenomena ini adalah yang kedua di dalam 4 siri penghijaban Seven Sisters untuk tahun 2024 yang boleh dilihat di Malaysia. Rujuk artikel di FalakOnline sebelum ini.
2. Ia berlaku awal lagi bermula sekitar jam 3 AM hinggalah Matahari terbit.
3. Bulan berada di dalam fasa sabit tua yang agak tebal. Cahayanya tidaklah menyilau sangat seperti penghijaban Zuhal hari tu, yang mana ‘mungkin’ akan memudahkan sikit kenampakan bintang-bintang terang di dalam gugusan ini.
4. Fenomena ini lebih baik dilihat menerusi binokular dan lebih bagus menerusi teleskop.
5. Disebabkan banyak sangat bintang yang akan terhijab, adalah sukatr untuk menyediakan jadual lengkap untuk lokasi yang banyak. Ini adalah kerana lain tempat lain waktu penghijabannya.
6. Fenomena ini dapat dilihat seluruh Malaysia dan majoriti Asia Tenggara.
7. Guna app seperti Stellarium, SkySafari atau SkyPortal untuk dapatkan waktu hilang/muncul bintang-bintang di dalam gugusan ini.
Di bawah ialah simulasi menggunakan Occult 4.0 dari kawasan Kuala Lumpur.
Selamat mencerap.