Penghijaban planet Zuhal – 25 Julai 2024

Berita Fenomena Gerhana, Transit & Penghijaban

OBSERVATION ALERT!

Pada awal pagi esok, sekitar 4 AM-5 AM 25 Julai 2024, planet ZUHAL akan dihijab/dilindung oleh Bulan. Fenomena ini dikenali sebagai penghijaban dan hanya akan dapat dilihat dari Semenanjung Malaysia

1. Kali terakhir berlaku fenomena berlaku di dunia ialah 27 Jun 2024 di kawasan lautan pasifik.
2. Kali terakhir fenomena ini dapat dilihat dari Malaysia ialah 4 Ogos 2014.
3. Selepas ini, fenomena ini dapat dilihat dari Malaysia pada 8 Disember 2024, tetapi ia berlaku waktu siang.
4. Untuk tunggu sekali lagi fenomean ini berlaku pada WAKTU MALAM di Malaysia ialah pada 6 Oktober 2064
5. Jadual (gambar) menunjukkan tarikh fenomena ini berlaku di dunia dari tahun 2001 hingga 2030. Tulisan dalam BOLD ialah tarikh yang kelihatan dari Malaysia

Sebab kejadian
• Zuhal dan Bulan berada di laluan yang sama (garisan ekliptik). Selalu akan berselisih.
• Bulan yang berada lebih hampir dengan Bumi akan kelihatan bergerak di hadapan planet Zuhrah, dan melindungi pemandangan kita buat beberapa ketika.
• Peluang nak lihat bergantung kepada lokasi dan waktu kejadian.
• Boleh berlaku siang dan malam.

Cara Rakaman
• Video (lebih dramatik)
• Foto kamera (lebih jelas)
• Perlu tahu waktu hilang/masuk (ingress) berdasarkan lokasi
• Perlu tahu waktu muncul/keluar (egress) berdasarkan lokasi
• Untuk kiraan waktu secara kasar, gunalah apps seperti Skyportal atau Stellarium.

Aktiviti
• Dapatkan momen dan jangka waktu berapa lama Zuhal hilang dan muncul

Peralatan
• Lebih panjang Focal Length teleskop lebih bagus.
• Perlu zoom dekat sebab Zuhal kecil.
• Rakam video lebih cantik.
• Foto pun boleh.

• Untuk teleskop focal length pendek…
> Rakam video untuk lihat cahaya Zuhal semakin pudar
> Rakam foto berkala untuk buat sequence

Momen penting ketika penghijaban Zuhal
• Ingress – Saat hilang
• Egress – Saat muncul

Tetapi Zuhal ialah planet bergelang. Ada beberapa momen penting
• Saat GELANG Zuhal mula sentuh Bulan
• Saat CAKERA Zuhal mula sentuh Bulan
• Saat GELANG Zuhal mula muncul di tepi Bulan
• Saat CAKERA Zuhal mula muncul di terpi Bulan.

Selamat mencerap.

5 1 vote
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments