Pos asal di FB.
1. Supermoon = Bulan berada pada titik paling dekat dengan Bumi (Perigee) dan Bulan berada dalam fasa Bulan Penuh. Istilah yang betul ialah PERIGEAN FULL MOON.
*********************
2. Blue moon = Istilah yang diterima pakai apabila muncul Fasa Bulan Penuh yang KEDUA, di dalam satu-satu bulan kalendar Masihi. Contoh katalah dalam bulan Ogos, 1 Ogos berlaku Bulan Penuh, kemudian pada 30 Ogos, sekali lagi Bulan Penuh berlaku. Ia asalnya bukan istilah astronomi .
3. IA TIADA KAITAN DENGAN PERUBAHAN BULAN JADI BIRU!
*********************
4. Seasonal Blue moon = Istilah yang merujuk kepada Bulan Penuh KETIGA yang berlaku di dalam satu-satu MUSIM yang SEPATUTNYA ada 3 Bulan Penuh je.
Tu dia.. pening.
5. Contoh dalam setahun ada 4 MUSIM (di negara latitud tinggi), Musim Panas, Luruh, Sejuk, Bunga. Dalam setahun ada 12 bulan. Setiap musim akan berlangsung selama 3 bulan. Maka, secara kasarnya akan berlaku 3 kali Bulan Penuh dalam satu-satu musim.
6. Tapi, fasa Bulan tak ikut kalendar Masihi. Maka, akan berlaku pada tahun-tahun tertentu, dalam satu-satu Musim, akan berlaku 4 KALI BULAN PENUH.
7. Contoh dalam musim Panas yang berlangsung selama 3 bulan, sepatutnya akan berlaku 3 kali Bulan Penuh, tapi dalam tahun tu berlaku 4 kali Bulan Penuh.
8. Jika itu berlaku, maka Bulan Penuh yang KETIGA yang berlaku dalam satu-satu musim yang ada 4 kali Bulan Penuh, yang itu juga digelar Blue moon.
9. Seasonal Blue Moon ini sebenarnya ialah pembetulan yang dibuat di dalam kalendar Kristian. Menurut kalendar ini, mereka menggunakan fasa bulan untuk menentukan tarikh hari kebesaran mereka seperti ‘Lent’ dan ‘Easter’.
10. Bulan Lent berlaku apabila Bulan Penuh yang terakhir muncul dalam musim sejuk, ia digelar Lenten Moon.
11. Bulan Easter berlaku apabila muncul Bulan Penuh pertama dalam musim Bunga. Ia berlaku sebelum hari Easter.
12. Kemunculan 4 kali bulan penuh dalam satu-satu muncul akan mengganggu pengiraan tarikh kebesaran mereka. Maka itu, Bulan Penuh yang ketiga yang muncul itu diberi nama Blue Moon supaya ia kiraan tarikh kebesaran mereka masih ‘betul’ ikut jadual.
*********************
MAKA ITU, sekarang yang orang dok heboh-hebohkan SUPER BLUE MOON tu apa benda?
13. Ia merujuk kepada SEASONAL BLUE MOON yang kebetulan berlaku sama tarikh dengan SUPER MOON.
Tu dia… ambik ko…
*********************
TLDR:
a – Seasonal Blue Moon adalah merujuk kepada nama kalendar Krsitian sebagai pembetulan kerana munculnya ‘extra’ bulan penuh dalam satu-satu musim.
b – Super Moon ialah Bulan Penuh terbesar dalam satu-satu tahun. Tapi menurut kiranan falak yang tepat, Perigean Full Moon ini berlaku bulan 18 Sep dan 17 Okt, yang mana selisih antara Bulan Penuh dan Bulan Perigee hanya -+ 10 jam sahaja.
c – Super Moon yang ‘diraikan’ hari ini, sebenarnya selisih antara Bulan Penuh dan Perigee ialah 1 HARI 10 JAM !
d – Istilah Super Moon sebenarnya asal dari ahli nujum.
*********************
14. Maka, terpulanglah samada kita nak MERAIKAN ‘fenomena’ di atas sebagai fenomena astronomi atau tidak.
15. Bagi aku, ia termasuk di dalam fenomena yang tiada apa-apa significant dalam astronomi, tetapi dah menjadi popular di kalangan orang awam dan dipaksa-paksa masuk ke dalam ‘silibus’ astronomi yang asal.
16. Semua dah tau di mana pendapat aku dalam isu ini. 😉
17. Kes macam ni la menyebabkan dahi aku makin tahun makin sfera. (*^(*#%#)(&)#
18. Just in case ada yang tak tau: INI BUKAN GAMBAR SEBENAR!
SEKAIN
*********************
Rujukan lanjut:
https://www.timeanddate.com/astronomy/moon/blue-moon.html
https://science.nasa.gov/solar-system/moon/super-blue-moons-your-questions-answered
https://www.fourmilab.ch/earthview/pacalc.html
#tabarakallah
#falakonline
#falakonlinemenggelintarlangitmalaysiasejak1998