Berikut merupakan kiraan tidak rasmi berkenaan posisi anak bulan Rabiulawal 1446H.
- Cerapan anak bulan Rabiulawal akan dibuat pada 29 Safar 1446H, iaitu Maghrib 3 September 2024.
- Berdasarkan kiraan hisab, berikut merupakan maklumat teknikal mengenai posisi anak bulan pada petang tersebut (berdasarkan kiraan librari Python):
- Altitud (ketinggian) bulan dari ufuk (horizon) ialah 3.16 darjah
- Jarak lengkuk (elongation) di antara bulan dan matahari ialah 3.77 darjah
- Bedasarkan syarat Imkanur Rukyah, syarat minimum untuk anak bulan ialah altitud > 3 darjah dan elongation > 6.4 darjah.
- Oleh itu, pada petang 29 Safar 1446H, anak bulan tidak memenuhi syarat Imkanur Rukyah. Maka digenapkan keesokannya menjadi 30 Safar.
- Maka itu, 1 Rabiulawal jatuh pada Khamis, 5 September 2024.
Di bawah ialah kedudukan bulan dan matahari berdasarkan janaan kiraan python menerusi aplikasi efemerium yang saya sedang bangunkan.
![](https://i0.wp.com/falakonline.net/semesta/wp-content/uploads/2024/08/29safar1446.png?resize=640%2C456&ssl=1)
Jika anda berminat untuk mencerap anak bulan Rabiulawal, boleh lakukannya pada Maghrib, 4 September 2024. Berikut merupakan kedudukan anak bulan (berdasarkan kiraan SkySafari dan dari Kuala Lumpur):
- Altitud (ketinggian) bulan dari ufuk (horizon) ialah 12.3 darjah
- Jarak lengkuk (elongation) di antara bulan dan matahari ialah 14.4 darjah
Di bawah ialah rajah kedudukan anak bulan, matahari pada petang 4 September 2024.
![](https://i0.wp.com/falakonline.net/semesta/wp-content/uploads/2024/08/30safar1446.png?resize=640%2C456&ssl=1)
Berdasarkan peta janaan SkySafari, didapati planet Zuhrah berada berhampiran dengan Bulan.
![](https://i0.wp.com/falakonline.net/semesta/wp-content/uploads/2024/08/Screenshot-2024-08-30-at-10.39.57%E2%80%AFAM.jpg?resize=640%2C444&ssl=1)
Selamat mencerap semua.