Bagi pemerhati langit yang tegar, pasti sudah lama memerhati pergerakan planet Marikh merentasi 2 buah gugusan bintang terang di dalam buruj Taurus pada bulan Julai lepas. Fenomena ini dapat dilihat menjelang Subuh di langit sebelah timur.
Di dalam bulan Ogos ini, sekali lagi planet Marikh akan mula melintas beberapa buah objek samawi lain yang terang, menarik dan sama ‘taraf’! Palint top ialah lintasan Marikh dengan Musytari!
5 Ogos 2024 (Subuh) – Marikh mula berada di dalam lingkungan 5 darjah dari planet Musytari. Ke arah jarum jam pukul 5 dari Marikh, ada sebuah gugusan bintang, NGC 1647 yang berada lebih kurang 4 darjah. Jika anda kamera atau teleskop yang mempunyai FOV seluas 5 darjah, anda dah boleh memuatkan ketiga-tiga objek ini serentak!
6 Ogos 2024 (Subuh) – Segitiga Marikh, Musytari dan NGC 1647 semakin kecil. Kalau diihat secara kasar ia membentuk segitiga sama.
9 Ogos 2024 (Subuh). Sebuah lagi gugusan bintang, NGC 1746, mula memasuki di dalam lingkungan 5 darjah dari Marikh, arah jam pukul 6. Menerusi kamera ASI533MC dan teleskop F=230mm saya ni, keempat-empat objek sudah boleh dimuatkan di dalam satu frame.
11 Ogos 2024 (Subuh) – Sekarang dah jadi lebih menarik. Marikh dan Musytari berada 2 darjah sahaja antara satu sama lain. 2 darjah umpama 4 kali saiz Bulan Purnama. Gunalah binokular untuk dapatkan view yang menarik.
13 Ogos 2024 (Subuh) – Wow! Marikh dan Musytari terpisah sebanyak 1 darjah sahaja! 2 kali saiz Bulan Purnama!
14 Ogos 2024 (Subuh) – SETENGAH darjah sahaja pemisahan antara Marikh dan Musytari.
15 Ogos 2024 (Subuh) – 0.3 DARJAH. Ini adalah momen paling dekat lintasan Marikh dan Musytari. Boleh muat kedua-dua planet ini dalam satu medan pandangan teleskop! Selain itu, Marikh bergerak di antara Musytari dan NGC1746. Selepas tarikh ini Marikh mula menjauhi Musytari.
27 Ogos 2024 (Subuh). – Marikh akan melintasi Crab Nebula, M1, pada jarak 1.1 darjah sahaja. Ini lebih mencabar kerana M1 ini amat kelam dan memerlukan langit gelap dan exposure kamera yang lama untuk merakamnya!
Selamat mencerap!