Jom kejar Komet C/2023 A3 Tsuchinshan-ATLAS

Fenomena Meteor, Komet dan Asteroid
Michael Mattiazzo merakam foto ini pada awal pagi 15 September 2024, dari Swan Hill, Victoria, Australia. Beliau menggunakan kanta 200mm. FOV gambar ini lebih kurang 3 darjah. Beliau menganggarkan kecerahan komet ini ketika foto ini dirakam sekitar magnitud 4.6.
Credit: Michael Mattiazzo

Heboh komuniti astronom amatur satu dunia mengenai Komet C/2023 A3 Tsuchinshan-ATLAS, yang didapati telah ‘selamat’ melintasi Matahari baru-baru ini. Ramalan awal menyatakan komet ini mungkin tidak akan selamat dan mula hancur dan terus hilang dari pandangan. Namun, pada 11 September lepas, Terry Lovejoy dari Australia telah berjaya merakam komet ini, 14 darjah dari Matahari dan bersinar pada magnitud 5.5

Gambar yang dirakam oleh Lovejoy menunjukkan komet C/2023 A3 ini masih utuh dan menunjukkan koma yang padat dan ekor yang agak jelas.

Terry Lovejoy berjaya merakam Komet C/2023 A3 pada 13 September 2024 lepas. Sumber SkyandTelescope.org

Kemudian beberapa hari lepas, saya menerima mesej dari rakan dari Brunei, brother Hazzary, yang berkongsi kepilan daripada Central Bureau for Astronomical Telegrams, yang mengatakan (menurut pengkaji Joseph Marcus) meramalkan sinaran yang cerah kesan forward-scattering komet ini pada ketika komet ini berada pada sudut fasa (phase angle) paling maksimum, yang mana ia akan berlaku pada 9 Oktober 2024 nanti.

Pening? Tak pe, tengok rajah di bawah. Secara amnya, lebih besar sudut Bumi-Komet-Matahari, makin besarlah kesan serakan cahaya komet ini. Cabarannnya ialah ia akan berada makin dekat dengan Matahari, dan makin rendah di langit!

Forward-scattering by the dust particles around a comet increases with the comet’s phase angle relative to Earth and the Sun (marked β in the diagram). In other words, the closer the comet is to the Sun on the sky — that is, the closer the phase angle approaches 180° — the brighter it appears. At the highest phase angles, the comet appears in nearly the same direction as the Sun and its dust glows brightly, the same way your breath looks like a brilliant white cloud when backlit by the Sun on a cold morning.  – Bob King (Sumber Skyandtelescope.org)

Maaf tak sempat nak terjemah penerangan rajah di atas.

Berdasarkan ulasan Marcus di dalam telegram CBET #5445, beberapa perkara menarik akan berlaku…

 Marcus predicts that the comet's
brightness could exceed mag 0 during Oct. 5-13, mag -2 during Oct. 7-11,
and mag -3 during Oct. 8-10, peaking around Oct. 9.4 at possibly brighter
than mag -4.
  1. Komet ini akan bersinar melebihi mag 0 dari 5 hingga 13 Oktober 2024
  2. Ia akan bersinar pada mag -2 pada 7-11 Oktober
  3. Ia akan bersinar pada mag -3 pada 8-10 Oktober
  4. Kemuncak bersinar pada magnitud -4 pada 9.4 Oktober (bersamaan 9 Oktober 5 pm waktu Malaysia).

Harus diingat meramal kecerahan sesebuah komet bukan sesuatu yang mudah. Banyak faktor yang akan cepat berubah dari semasa ke semasa. Namun desas-desus perbincangan di kalangan komuniti astronomer dunia menunjukkan INI KALI LAH !!

Di manakah kedudukan Komet C/2023 A3 dari langit Malaysia?

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan pada 20 minit selepas Subuh bermula pagi esok (19 Sep) hingga 7 Oktober 2024.

Dari janaan SkySafari ini, didapati tarikh diantara 27-29 September 2024, komet ini berada pada kedudukan paling tinggi di ufuk timur. Selepas itu, ia akan mula semakin rendah dan hilang dari pandangan pada 7 Oktober 2024.

Selepas itu, ia akan muncul di langit selepas Maghrib (seperti rajah di bawah)

Jika anda ingin tahu lebih tepat berdasarkan lokasi dan waktu cerapan anda, saya galakkan anda menggunakan aplikasi mobill percuma seperti SkyPortal

Adakah ia boleh dilihat pada kemuncak kecerahannya nanti?

Mungkin..mungkin. Ramalan mengatakan pada 7-11 Oktober, ia akan menjadi lebih cerah dari magnitud -2. Ini secerah planet Musytari dan ramai dah pun boleh mencerap Musytari di waktu siang.

Bagi saya momen paling menarik ialah pada 9 Oktober nanti, di mana kecerahannya dijangka bersinar pada magnitud -4, secerah planet Zuhrah!!! Tetapi ketika itu, sudut elongasi dengan Matahari ialah 3.8 DARJAH SAHAJA!

Ini bermakna, untuk melihat momen ini, cerapan kena dibuat pada waktu SIANG!

Namun, saya sarankan agar anda yang tidak pernah mencerap objek waktu siang, janganlah cuba ‘mencari-cari’ komet ini. Pastikan anda ada teleskop berkomputer GoTo untuk menghalakan ke arah komet ini dengan SELAMAT. Kena ingat, waktu ini komet ini berada hampir dengan Matahari! Amat berbahaya jika anda tiada pengalaman mencari objek waktu siang berdekatan dengan Matahari.

Lebih selamat, cuba hubungi persatuan astronomi berdekatan, atau mana-mana balai cerap yang mungkin ada buat cerapan.

Kedudukan Komet C/2023 A3 pada 9 pagi, 9 Oktober 2024 nanti.

Di bawah merupakan beberapa foto terbaru komet ini dikongsi di alam maya.

Doakan cuaca molek dan selamat mencerap.

4 1 vote
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments