4 Jan , 5:00 PM – Juraian Meteor – Meteor Quadrantids akan berada di puncak pada jam 5 pm . Sebanyak 80 meteor/jam (boleh jadi 60-200 meteor) akan kelihatan dari kawasan langit gelap. Bulan berada dalam fasa sukuan akhir dan cahayanya akan mengganggu sedikit kenampakan meteor ini. |
22 Apr , 12:00 AM – Juraian Meteor – Meteor Lyrids akan berada di puncak. Sebanyak 18 meteor/jam akan kelihatan dari langit gelap. Bulan berada di dalam fasa hampir purnama dan cahaya Bulan akan banyak mengganggu kenampakan meteor ini. |
5 May , 12:00 AM – Juraian Meteor – Meteor Eta Aquariids. Sebanyak 50 meteor/jam dijangka dapat dilihat dari kawasan langit gelap. Bulan berada di dalam fasa bulan baru pada 3 hari selepas tarikh puncak ini, maka tiada gangguan cahaya akan berlaku. Prospek bagus untuk tahun ini. |
31 Jul , 12:00 AM – Juraian Meteor – Meteor Delta Aquariids Selatan. Sebanyak 25 meteor/jam akan kelihatan. Bulan bari melepasi fasa sukuan akhir pada 28 Jul. Cahaya Bulan akan sedikit mengganggu kenampakan meteor ini. |
12 Aug , 12:00 AM – Juraian Meteor – Meteor Perseids. Sebanyak 100 meteor/jam dijangka dapat dilihat. Bulan berada di fasa Sukuan Awal. Selepas tengah malam tiada gangguan cahaya Bulan. Prospek bagus untuk tahun ini. |
21 Oct , 12:00 AM – Juraian Meteor – Meteor Orionids. Sebanyak 20 meteor/jam dijangkan dapat dilihat. Bulan menghampiri fasa Sukuan Akhir 3 hari selepas tarikh puncak. Cahaya Bulan akan mengganggu kenampakan meteor ini. |
17 Nov , 12:00 AM – Juraian Meteor – Meteor Leonids. Bilangan juraian meteor popular ini hanya 10 meteor/jam untuk tahun ini. Bulan baru sahaja melepasi fasa Purnama 2 hari sebelum ini. Cahaya bulan akan mengganggu untuk tahun ini. |
14 Dec , 12:00 AM – Juraian Meteor – Meteor Geminids. Juraian meteor paling aktif ini akan menghasilkan 150 meteor/jam. Namun Bulan berada di dalam fasa purnama pada 15 Disember. Cahaya Bulan ini akan mengganggu kenampakan meteor-meteor ini. |