Peta kedudukan Komet PanSTARRS pada bulan Mac 2013

20feb2013-cometpanstarrs.001

 

Komet PanSTARRS dijangka akan mula muncul di langit senja menjelang akhir Feb dan awal Mac nanti. Tidak seperti yang dijangka, menerusi beberapa pencerapan oleh ahli astronomi amatur dan profesional kebelakangan ini, Komet PanSTARRS akan besinar pada kecerahan sederhana sahaja. Untuk lebih spesifik pada sekitar magnitud 3.

Kalau nak dibayangkan, ia akan bersinar pada tahap kecerahan bintang-bintang dalam gugusan Seven Sisters sahaja.

Namun, saya rasa jika kita menggunakan sekurang-kurangnya Binokular, kita mungkin akan dapat juga menjejakinya di langit.

Menjadikannya mencabar ialah pada saat matahari terbenam, ia pun sudah agak rendah di ufuk barat. Menyukarkan lagi ialah keadaan langit yang masih cerah ketika itu.

Maka, waktu yang saya rasa sesuai ialah sekitar 30 minit SELEPAS Maghrib, di mana langit mungkin susah gelap sedikit dan sinaran cahaya Komet ini dapat dilihat menerusi Binokular.

Jika anda mempunyai kamera DSLR, boleh cuba halakan kedudukan kamera anda, berdasarkan kedudukan komet yang ditunjuk dalam rajah di bawah.

Selamat mencuba. Tunggu kemaskini dari semasa ke semasa berkenaan komet ini di Falak Online.

1 Mac 2013

screen 2013-02-20 at 10.45.14 AM

5 Mac 2013

screen 2013-02-20 at 10.45.24 AM

8 Mac 2013

screen 2013-02-20 at 10.45.39 AM

11 Mac 2013

screen 2013-02-20 at 10.45.54 AM

14 Mac 2013

screen 2013-02-20 at 10.46.02 AM

17 Mac 2013

screen 2013-02-20 at 10.46.10 AM

20 Mac 2013

screen 2013-02-20 at 10.46.17 AM

Di bawah merupakan foto terkini keadaan Komet PanSTARRS yang diambil dari langit Australia.  Mercedes, Buenos Aires, Argentina, oleh  Ignacio Diaz Bobillo pada February 15, 2013

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

  • Cepiau Ctambaguz

    .gd info alright then let’s go west this march