12 Ogos 2026 - Siaran Live Streaming Gerhana Matahari Penuh 2026

Gerhana Matahari Penuh yang pertama untuk set Hatrik Gerhana 2026-2027-2028, bermula hari ini.

Ia akan dapat dilihat dari Greenland, Iceland dan Sepanyol.

Beberapa rakan kita dari Malaysia sekarang sedang berada di Sepanyol untuk menyaksikan satu sudut pandang gerhana matahari yang unik, iaitu Matahari bergelap beberapa momen sebelum terbenam!!

Kalau ikut pengalaman saya sendiri, gerhana matahari paling rendah yang pernah disaksikan ialah pada tahun 2012 di Mareeba, Australia, iaitu ketika Matahari berada sekitar 14 darjah.

Kali ini mereka yang menyaksikan di Sepanyol, Matahari berada sekitar 5 darjah sahaja!

Bagi kita yang berada di kampung halaman, boleh saksikan sendiri secara live menerusi siaran di bawah.

Waktu kemuncak berlaku sekitar 2:30 pagi, 13 Ogos 2026 waktu Malaysia.





Artikel

Artikel

Berita Astronomi, Perbincangan Fenomena Samawi, Laporan cerapan dan Isu

Membaca amalan mulia

Almanak Astronomi

Almanak Astronomi

Almanak Astronomi Tahunan - Kajian dan Data janaan FalakOnline

Jom Teropong

ShahGazer Observatory & Astrofotografi

ShahGazer Observatory

ShahGazer Observatory (SGO). Pemerhati langit sejak 2011

Terokai SGO

Portfolio

Portfolio

Sejarah FalakOnline, Kenali Bos FO, Koleksi Astrofotografi, Akviti Ceramah, Temubual TV/surat khabar, dan Astrofoto di dalam buku dan laman web.

Lihat portfolio

Videos

Youtube ShahGazer

Rakaman ceramah, livestream, dan tutorial astronomi.

Tonton video

Subscribe

FalakOnline Newsletter

Langgan untuk dapatkan berita terkini menerusi emel

Subscribe