ShahGazer Observatory atau SGO, merupakan balai cerap berkonsepkan roll-off roof-top observatory. Ia siap dibina pada awal tahun 2011, dengan menjadikan Balai Cerap Mini Dr. Rowi di Kota Bharu sebagai inspirasi reka bentuk.

Ia terletak sekitar 10km dari pusat bandar Kuala Lumpur dan langit malam dicemari dengan pencemaran cahaya! Mengikut data lightpollutionmap, nilai bortle di sini ialah antara 8-9 !!

Namun begitu, di antara tujuan membina balai cerap persendirian di rumah ini ialah untuk cuba meneroka taknologi teleskop dan pengimejan astrofotografi. Saya telah memulakan pencerapan secara visual dan serius pada tahun 1995 menggunakan teleskop Meade Dobsonian Starfinder 10”. Sekitar tahun 2001 saya mula menggunakan teleskop jenis GoTo Meade LX90 dan mula belajar astrofotografi dengan perkakasan kamera yang dikenali sebagai Mallincam. Kalau tak silap, saya antara yang terawal meneroka konsep video astrofotografi di Malaysia ketika itu.

Setelah bertahun melakukan cerapan dan rakaman di luar, dan anak-anak pun makin ramai, saya terpaksa revise fokus dan mencari jalan mengggunakan kaedah lain. Dari situlah saya mengambil inspirasi dari guru saya, Dr. Mahamarowi Omar, dan membina sendiri balai cerap di rumah.

Nak dipendekkan cerita, sepanjang lebih 14-15 tahun tertubuhnya SGO, banyak cerapan yang telah berjaya dilakukan, dan banyak juga yang gagal.

Antara highlight cerapan dari SGO ialah penghijaban planet Zuhal oleh Bulan, serta cerapan planet Zuhrah paling nipis ketika inferior conjunction tahun 2022. Selain itu, banyak cerapan live telah dibuat, terutama ketika zaman covid tahun 2020-2021 dulu tu. Ye lah maklumlah tak dapat keluar rumah, kita pun ikut trend semua buat live! :D

Ketika awal-awal pengoperasian SGO, ramai pula media masa yang datang interview untuk melihat sendiri ‘benda pelik’ yang dilakukan oleh ‘mamat ni’. Banyak jugalah peluang masuk TV dan akhbar ketika itu.

Di antara perkakasan yang digunapakai di SGO ialah

  • Celestron C9.25 Edge HD
  • Sky-Watcher 120ED
  • TS65
  • ASKAR FMA230
  • Dwarf 3
  • NEQ6 Pro
  • Skywatcher GTi
  • CEM25

Teleskop yang paling besar digunakan ketika ini ialah Explore Scientific 12” Truss tube dobsonian.

Malangnya teleskop Dob 10” yang digunakan sejak 1995 tu dah teruk sangat kondisi cerminnya.

SGO ialah balai cerap persendirian. Ia bukanlah balai cerap awam seperti di Balai Cerap Negeri Sembilan atau Planetarium Negara. So, harap fahamlah yang jika saya tidak dapat menerima semua permintaan untuk melawat. Maklumlah zaman sekarang ni macam-macam orang yang pelik-pelik. Yang betul-betul kenal sahaja, saya berani ajak.

Alhamdulillah dah masuk 15 tahun SGO beroperasi, ia masih digunakan walaupun perkakasannya dah tua, dan beberapa kali rosak. Itu belum lagi bumbung bocor masuk air hujan dan lain-lain! Sabar je la!

Doakan selagi sihat ni, saya akan teruskan lakukan cerapan dan berkongsi hasil cerapan menerusi laman web FalakOnline ini. Di media sosial ada la sekali sekala, tapi saya nak kurangkan masa di medsoc. Umur makin tua ni kena ubah prioriti kehidupan, jangan lagha sangat layan medsoc.

Wallahua’lam.

Foto di atas ialah lawatan ke Balai Cerap Mini Dr. Rowi di rumah lama beliau di Kota Bharu pada tahun 2010. Inspirasi kepada saya untuk membina SGO

Updated: