Meteor-meteor sepanjang 2015

meteor2015.001

Berikut merupakan prospek juraian meteor-meteor utama untuk sepanjang tahun 2015. Sekali imbas boleh saya katakan, beberapa meteor yang utama bakal menggegar dan menarik perhatian kita semua seperti Perseids dan Geminids. Namun, juraian-juraian meteor lain turut berpotensi dan agak menarik untuk dicerap.

Rumusan yang saya buat dibawah merujuk kepada laporan tahun yang disediakan oleh International Meteor Organization (IMO), sebuah badan yang memantau dan mengkaji kemunculan meteor-meteor.

Dipersilakan MUAT TURUN panduan tarikh Meteor 2015 di atas.

leonid-meteor-shower

Gambar hiasan kompilasi dan gabungan beberapa frame gambar.

Jom kita lihat satu per satu.


Meteor Quadrantid (4 Jan)

Pada tengah malam hingga ke Subuh, 4 Jan nanti, meteor Quadrantid akan mula memuncak pada kadar 40 meteor sejam. Malangnya, bulan ketika itu hadir di langit, dan cahayanya akan mengganggu penglihatan meteor-meteor ini.

Laporan daripada IMO di bawah

A poor start to the year for northern hemisphere observers, with the peak of the Quadrantid shower, due at around 02h UT on January 4, very badly affected by full Moon just 27 hours later.

Oleh itu, prospeknya KURANG MENARIK.


goodMeteor Lyrids (22 April)

Pada 22 April, juraian meteor Lyrids akan memuncak pada kadar 18 meteor sejam.
Laporan rasmi dari IMO menyatakan..
the maximum time was variable from year to year between λ⊙ = 32 . ◦0–32 . ◦45 (equivalent to 2015 April 22, 16h to April 23, 03h UT).
Berdasarkan laporan di atas, waktu puncaknya ialah antara 12 tengah malam hingga 11 pagi 23 April (waktu malaysia). Maka, kita boleh jangkakan meteor Lyrids kali ini, prospeknya  AGAK BAGUS.
Selain itu, Bulan pun tidak ada di langit ketika waktu tengah malam ke Subuh, menghasilkan langit yang gelap dan bebas dari gangguan cahaya. Ia akan terbenam sekitar jam 10.45 pm di Kuala Lumpur.
Oleh itu jangan lepaskan peluang mencerapnya.

Meteor Eta Aquarids (5-6 Mei)

Meteor Eta Aquarids akan memuncak pada 5-6 Mei dengan kadar 30-60 meteor sejam
Laporan IMO menyatakan
but the η-Aquariid (031 ETA) peak, due around May 6 suffers from a waning gibbous Moon
only two days past full.
Oleh itu,  tahun ini propeknya TIDAK BAGUS untuk dicerap  kerana kehadiran Bulan berfasa besar di langit, yang mana ia bakal menerangkan keadaan langit dan mengganggu suasana cerapan.

Meteor Southern Delta Aquariids (28-29 Jul)

 

Pada 28-29 Jul Meteor Southern Delta Aquariids akan memuncak dengan kadar 20 meteor sejam, namun tahun ini ia TIDAK SESUAI untuk dicerap kerana kehadiran Bulan di langit.


goodgood Meteor Perseids (12-13 Ogos)

 

METEOR Perseids akan memuncak pada 12-13 Ogos nanti! Dengan kadar sekitar 100 meteor sejam

IMO melaporkan

…New Moon on August 14 means whatever happens, dark skies will prevail for checking on it

… the shower’s radiant can be usefully observed from 22h–23h local time onwards, gaining altitude throughout the night. The August 12 peak time especially favours Asian longitudes…

…but the Perseids could produce some enhancement in rates ahead of their “usual” maximum

Tahun ini mempunyai prospek yang AMAT BAIK  kerana cahaya Bulan tidak akan mengganggu penglihatan kita! Mulakan cerapan selepas tengah malam hinggalah ke Subuh 13 Ogos 2015.

Jangan lepaskan peluang melihat juraian yang cukup aktif ini!


good Meteor Orionids (21-22 Okt)

Meteor Orionids akan memuncak pada kadar 15 meteor sejam pada 21-22 Oktober tahun ini.

Menurut laporan IMO,

October’s waxing gibbous Moon sets between local midnight and one a.m. across much of the inhabited Earth for the peak night of October 21/22 this year, providing favourable circumstances because the shower’s radiant, near the celestial equator, is at a useful elevation from local midnight or so in either hemisphere, somewhat before in the north

Prospeknya pun AGAK BAGUS kerana tiada gangguan cahaya dari Bulan! Bulan dijangka akan terbenam sekitar 2 pagi, membolehkan kita mempunyai peluang mencerapnya selepas itu, hinggalah ke Subuh.


good Meteor Leonids (17-18 Nov)

Meteor Leonids akan memuncak pada 17-18 Nov nanti, pada kadar sederhana, sekitar 15 meteor sejam.

IMO melaporkan berikut

This year seems unlikely to produce strongly enhanced rates, but there may
be more than one peak, as Mikhail Maslov has suggested the nodal maximum could happen
around 21h UT on November 17, rather than at the time given above, producing ZHRs of ∼ 20.

Maka, kita boleh simpulkan,  prospeknya pun AGAK BAGUS dengan tiada gangguan cahaya dari Bulan. Waktu cerapannya ialah menjelang Subuh 18 Nov di Malaysia.


good good Meteor Geminids (13-14 Dis)

Meteor Geminids akan memuncak pada 13-14 Disember nanti, dengan kadar 120 meteor sejam.

Laporan IMO menyatakan

with the more reliably-reported maxima during the past two decades (HMO,
p. 171) all having occurred within λ⊙ = 261.◦5 to 262.◦4, 2015 December 14, 01h30m–23h UT.
Near-peak Geminid rates usually persist for almost a day though, so much of the world has
the chance to enjoy something of the shower’s best, regardless of when the maximum actually happens

Tahun ini prospeknya AMAT BAGUS kerana tiada cahaya Bulan yang akan mengganggu! Waktu dan tarikh cerapan paling ideal ialah menjelang Subuh 14 Disember 2014.

Jangan lepaskan peluang kali ini!

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

Skip to toolbar