Laporan bergambar program OneSky di Baitul Hilal Telok Kemang

Alhamdulillah, program #OneSky yang dijalankan di Baitul Hilal Teluk Kemang telah berjalan dengan lancar.

Walaupun pada awalnya, kami ditemani dengan gugusan awan yang tebal dan hujan gerimis, malah Bulan tidak kelihatan langsung, beberapa peserta yang datang awal tidak mahu mengalah dan terus memasang teleskop-teleskop yang dibawa untuk ‘siap sedia’ digunakan jika cuaca mengizinkan.

Sekitar jam 10 malam, dan selepas 3-4 cawan kopi-O, barulah ada bukaan di antara awan-awan, dan membolehkan kami mencerap Bulan, Marikh dan Zuhal.

Program tamat sekitar jam 2 pagi.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga ingin saya rakamkan kepada peserta yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Program ini tidak akan berjaya tanpa sumbangan anda semua!

Berikut merupakan beberapa foto menarik yang telah dikongsikan bersama menerusi event page OneSky di Facebook. Sila terus ke page berkenaan untuk melihat lebih banyak foto yang menarik dari seluruh dunia!

Foto-foto ini adalah kepunyaan empunya nama.

Terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Baitul Hilal Telok Kemang kerana sudi menganjurkan program #OneSky di fasiliti sana.

Suasana berawan pada awal program. Foto kredit Anwar Idrus

Suasana berawan pada awal program. Foto kredit Anwar Idrus

Apabila hujan gerimis mula turun, teleskop-teleskop terpaksa dialihkan sementara waktu. Foto Kredit Tang Kai Hong

Apabila hujan gerimis mula turun, teleskop-teleskop terpaksa dialihkan sementara waktu. Foto Kredit Tang Kai Hong

Sambil menunggu awan beredar, kami menunjukkan beberapa perisian berguna untuk cerapan langit kepada pengunjung yang hadir. Foto Kredit Mei yen Yap

Sambil menunggu awan beredar, kami menunjukkan beberapa perisian berguna untuk cerapan langit kepada pengunjung yang hadir. Foto Kredit Mei yen Yap

tommy7

Tokey FO sedang memeriksa teleskop yang dibawa. Foto Kredit Tommy Lim

Dah jadi seperti kedai pameran pulak! (Sementara tunggu hujan reda) Foto Kredit Tommy Lim

Dah jadi seperti kedai pameran pulak! (Sementara tunggu hujan reda) Foto Kredit Tommy Lim

tommy4

Pemuda harapan Falak di Malaysia, Amirulazim dan rakan-rakan sedang siap sedia menerobos angkasa! Foto Kredit Tommy Lim

tommy5

Salah seorang peserta “Bengkel Kenali TeleskopKu”, Tn Haji Sheikh Niza sedang memeriksa teleskop barunya! Foto Kredit Tommy Lim

tommy2

Teleskop bos FO yang berumur hampir 20 tahun, tetap dipaksa kembali bekerja pada malam #OneSky Foto Kredit: Tommy Lim

tangKaiHoe2

Menanti awan untuk beredar. Layan maggi sup pun ok ni! Foto Kredit: Tang Kai Hoe

tangKaiHoe5

Teleskop je tinggal, mana tuan nya? Foto Kredit: Tang Kai Hoe

tangKaiHoe4

Teleskop-teleskop yang siap sedia menembak ruang angkasa! Foto Kredit: Tang Kai Hoe

tommy15

Bos FO tertinggal “teropong buluh”, tapi sekurang-kurangnya bawa juga “Meriam Buloh” yang berumur 20 tahun ni! Foto Kredit Tommy Lim

tommy14

Sambil menunggu awan beredar, aktiviti selfie tetap dijalankan! Kiri ke Kanan, Tommy Lim, Muzamir, Shahrin, Halda 🙂 Foto Kredit Tommy

tangKaiHoe7

Menjelang 10 malam, awan mula beralih tempat dan bulan pun mula menunjukkan rupanya yang comel. Foto Kredit: Tang Kai Hoe

tangKaiHoe6

Walaupun teleskop kecil, namun ia tetap dapat menunjukkan pandangan yang amat menarik! Foto Kredit: Tang Kai Hoe

intansuraya2

Astrofoto pertama saudari Intan Suraya menerusi teleskop dengan hanya menggunakan cameraphone. Tahniah! Foto Kredit Intan Suraya

intansuraya1

Membaca amalan mulia, walaupun dalam gelap! Foto Kredit Intan Suraya

muzamir5

Mahasiswa dari UTM mengambil peluang melihat menerusi teleskop gergasi 24″ Baitul Hilal Telok Kemang, Foto Kredit Muzamir

muzamir4

Senyum jangan tak senyum! Foto Kredit Muzamir

tommy13

Teleskop Vixen buatan Jepun, yang turut dibawa pada malam tersebut. Foto Kredit Tommy Lim

tommy12

Peluang keemasan jangan dilepaskan! Foto Kredit Tommy Lim

amirul1

Orang ramai yang berada di hotel Klana Beach Resort mula mengambil peluang mencuba-cuba pelbagai variasi teleskop yang ada pada malam tersebut. Foto Kredit Amirul Azim

tangKaiHoe3

Kawasan hadapan Baitul Hilal Telok Kemang yang menjadi kawasan cerapan program #OneSky . Foto Kredit: Tang Kai Hoe

muzamir3

Semtara itu suasana semakin meriah di dalam kubah balai cerap! Foto Kredit: Muzamir

muzamir2

Peluang bergambar dengan teleskop jangan dilepaskan! 🙂 Foto Kredit: Muzamir

muzamir1

Satu-satunya balai cerap di Malaysia yang begitu user-friendly! Foto Kredit: Muzamir

tommy11

Ustaz Shamsul dari Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan turut hadir menyumbang tenaga. Foto Kredit: Tommy Lim

tommy10

Operasi selfie bersama teleskop tua ni wajib dijalankan! Foto Kredit: Tommy Lim

tommy9

Cara paling mudah (ye ke mudah?) untuk rakam objek angkasa! Foto Kredit: Tommy Lim

tommy3

Teleskop yang kehilangan tuannya.. sekali lagi! Foto Kredit: Tommy Lim

tommy1

Adik-adik cilik bakal ahli astronomer negara sedang meneropong sesuatu… eh, kenapa teleskop tu hala ke bawah? Foto Kredit: Tommy Lim

shah1

Lepas kerja, kita makannnn!! Foto Kredit Shahrin Ahmad

 

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...