Wow! 27 Ogos 2014 ini Marikh akan jadi sebesar Bulan! Best nye! —> Ye ke?

MarsMoonNo.jpg.CROP.original-original

Mars photo by NASA/ESA/Hubble. Moon photo by NASA/Goddard Space Flight Center Scientific Visualization Studio.

Sekali lagi, yes saya ulang, SEKALI LAGI, ‘berita’ mengenai kemunculan Marikh yang menjadi ‘sebesar’ atau ‘seterang’ Bulan, dan bagaimana kita akan dapat lihat ‘2 buah bulan’ di langit, pada tarikh 27 Ogos, MUNCUL KEMBALI!

Saya ingatkan cerita ini dah tak ada, hilang ditelan zaman. Namun, sejak dua menjak ni, menerusi emel, FB dan Whatsapp, sudah mula yang berkongsi mengenai.


Update 2015

NOTA: Artikel ini ditulis pada tahun 2014, namun pada tahun ini 2015, muncul kembali cerita yang sama, tetapi tarikhnya sahaja diubah kepada tahun 2015. Antara contoh cerita yang tersebar adalah seperti di bawah:

11855880_10153562311173147_4171230468670772039_n 11889597_1027331190639887_3348784924086457638_n

Apa yang diterangkan di sini masih relevan. Yang berubah ialah penerangan mengenai kedudukan planet-planet pada tarikh 27 Ogos 2014 ada berbeza sedikit dengan tahun 2015.


Betul ke Tidak?

 

Jawapan pendek –> TAK, Semua itu PALSU dan tidak berdasarkan fakta langsung

Jawapan panjang –> Sila Baca artikel ni sampai habis.


Ok, Apa masalahnya?

 

Saya tiada masalah jika ada yang BERTANYA samada BETUL atau TIDAK, tetapi saya amat risaukan mereka yang BERKONGSI tanpa usul periksa kesahihan ceritanya.

Ok jom kita tengok mesej apa yang muncul tahun 2014 ni:

On 27th August 2014 there will be two moon. The whole world is waiting
for it. On this day Mars will be very bright and like moon everyone
can see it with naked eyes. This day it will be 34.65 M Miles away
from earth.

On this day do not forget to see this at 12.30 night. Because you will
see two moons in the sky. This event will happen again in the year
2287.

Please share this with all. Because those who are living now cannot
see it second time in the year 2287.

Dan muncul pula versi terjemahan Bahasa Malaysia

BINTANG MARIKH

Pada 27 Ogos 2014 akan ada dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk itu. Pada hari ini Marikh akan menjadi sangat terang seperti bulan dan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Hari ini ia akan menjadi 34.65 M Miles dari bumi.

Pada hari ini jangan lupa untuk melihat ini pada jam 12.30 malam. Kerana anda akan melihat dua bulan di langit. Peristiwa ini akan berlaku lagi pada tahun 2287.

Sila berkongsi ini dengan semua. Oleh kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua pada tahun 2287.

Dan dunia Whatsapp pun terkena juga! Mesej lebih kurang sama, cuma lebih cute kerana banyak emoticon!

Dan ada juga versi ‘bergambar’

10600371_844896852189734_1156647738366387487_n


Di manakah kedudukan Planet Marikh pada 27 Ogos 2014

 

Pertama sekali, jom kita kaji  satu per satu, dengan menggunakan begitu banyak perisian Astronomi yang ada sekarang, untuk kenalpasti kedudukan Bulan dan Marikh pada tarikh yang dikatakan di atas “27 Ogos 2014″…

Di bawah merupakan screenshot daripada Sky Safari Pro (boleh juga guna Stellarium, Google Sky etc). Tarikh telah diset pada 20 minit SELEPAS Maghrib, 27 Ogos 2014.

Ia merupakan gambaran langit menghala ke barat. Tiada tandaan pada bulan,bintang, planet dan buruj. Just plain ‘ol view of the sky.

screen 2014-08-21 at 11.00.11 AM

Agak-agak boleh kenal tak yang mana satu planet, yang mana satu bintang, mana bulan, dan mana dia “planet marikh yang dikatakan seterang bulan” tu?

Ok, di bawah merupakan gambaran yang sama, tetapi telah dilabelkan.

screen 2014-08-21 at 11.05.53 AM

Amat jelas di sini, Marikh yang dikatakan seterang bulan, sebenarnya kelihatan ciput dan kecil je, seperti ‘bintang biasa’ di langit. Malah, jika anda yang tak pernah tengok langit sekali pun, pasti akan ingat yang ‘titik’ tu bukan Marikh tetapi bintang.

Pada petang tu juga, Bulan berbentuk sabit halus rendah di ufuk. Umur bulan pun 1.6 hari je. Bukan dalam fasa BESAR, seperti bulan purnama.

Malah, jika kita terlambat nak tengok, Bulan terus akan hilang dari pandangan kerana ia akan terbenam hanya 1 jam 10 minit je SELEPAS matahari terbenam.

Yang peliknya , ayat berikutnya

Pada hari ini jangan lupa untuk melihat ini pada jam 12.30 malam.

12.30 malam… hmmm… ok.. jom tengok apa yang ada kat langit jam 12.30 MALAM.

Pada arah barat, didapati adanya lingkaran Bima Sakti (atau Milky Way), selain daripada 3 buah bintang terang, Altair, Vega dan Deneb yang membentuk The Summer Triangle.

 

screen 2014-08-21 at 11.14.24 AM

 

Di sebelah langit utara pula, akan kelihatan sekumpulan bintang membetuk huruf “M”. Itulah buruj Cassiopeia. Selain itu di atasnya kelihatan 4 buah bintang membentuk empat segi yang besar… itulah buruj Pegasus.

 

screen 2014-08-21 at 11.14.49 AM

 

Di arah timur, terletaknya 2 buah planet Uranus dan Neptune, namun kedua-duanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

screen 2014-08-21 at 11.14.59 AM

Ok, last pusing balik ke Selatan… hmmm.. semua bintang je.. tak ada pun planet lain.

Screen Shot 2014-08-21 at 2.38.24 PM

Jadi, bagaimana nak terangkan ayat seterusnya…

 … Kerana anda akan melihat dua bulan di langit.

Jika ‘2 bulan’ itu merujuk kepada Marikh yang terang (dan besar seperti Bulan) bersama-sama dengan Bulan, dan jika kita rujuk kembali kepada perisian tadi, jelas kita akan dapat lihat Marikh DAN Bulan TIDAK KELIHATAN di langit pada jam 12.30 malam tu!

So… apo ko bondo ni?

Jelas sekali ayat itu mengelirukan, malah SALAH. Kiraan perisian Sky Safari Pro juga menunjukkan pada 27 Ogos 2014:

  • Bulan terbenam pada jam 8.29 malam
  • Marikh terbenam pada jam 11.51 malam

Maknanya, menjelang jam 12.30 malam, KEDUA-DUA objek ini SUDAH PUN TERBENAM di ufuk barat.

Sekali lagi kita boleh nampak kejanggalan dari segi maklumat yang ‘cuba disampaikan’.

Oleh itu, saya ingin jelaskan di sini, berita diatas adalah PALSU dan dikategorikan sebagai HOAX.


 

TAMBAHAN 2015: Di manakah kedudukan Marikh pada 27 Ogos 2015?

Kemaskini untuk tahun 2015, kita boleh lihat berdasarkan simulasi kiraan falak di bawah, Marikh berada berhampiran di ufuk TIMUR pada waktu Subuh, bersebelahan dengan planet Zuhrah.

Cuba perhatikan arah timur pada Subuh 27 Ogos 2015 nanti!

Screen Shot 2015-08-17 at 11.18.53 AM

Kedudukan Marikh berhampiran planet Zuhrah, di langit Timur selepas waktu Subuh, 27 Ogos 2015. Simulasi Sky Safari Pro

 

Bulan pula berada di mana? Bulan rupanya sudahpun terbenam di ufuk BARAT (berlawanan arah dengan Marikh), lebih awal iaitu pada jam 4.25 PAGI (dari langit Sememanjung Malaysia).

Maka, JELAS di sini, Marikh dan Bulan berada di kawasan langit yang berlawanan arah dan tidak kelihatan serentak pada tarikh 27 Ogos 2015 ini.

 


Boleh percaya ke kiraan tu?

 

Di antara alasan di antara kita yang tidak mahu terima kiraan yang dibuat oleh perisian-perisian di atas ialah ia direka oleh ‘orang barat yang mempunyai agenda tertentu’ etc etc.

Ok, kalau tidak percaya, jom kita cross-check kedudukan bulan menggunakan perisian yang dibangunkan oleh guru falak saya dari UniSZA, cikgu Ahmad Taufan.

Screenshot seperti di bawah:

Screen Shot 2014-08-26 at 8.40.09 AM

Pautan ke laman web boleh dicapai di SINI.

Jelas di atas menunjukkan pada maghrib 26 Ogos 2014 nanti, Bulan baru berumur 21 JAM (kurang dari 1 hari). Maknannya ia bulan sabit yang halus di ufuk barat. Ia juga akan terbenam pada jam 7.45pm (Kuala Lumpur)

Kalau keesokannya, ia tetap masih halus, kecil di ufuk barat. Maka, ia bukanlah terang benderang di langit.


Orbit

Untuk memahami apa yang berlaku, kita kena faham berkenaan dengan orbit planet Marikh dan Bumi.

Orbit Marikh lebih besar daripada orbit Bumi, maka ia bergerak lambat sikit. Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari mengelilingi matahari, sementara Marikh mengambil masa lebih kurang 687 hari.

Sepanjang perjalanan mengelilingi matahari, Bumi akan melintasi Marikh, bersetentang antara satu sama lain, satu kedudukan yang dipanggil sebagai opposition atau istiqbal. Pada masa tu, kedudukan Bumi dan Marikh paling dekat antara satu sama lain.

Kemudian Bumi akan memecut ke depan, meninggal Marikh di belakang, semakin hari semakin jauh, semakin hari semakin kecil, semakin hari semakin pudar kecerahannnya.

Kemudian, 2 tahun 2 bulan selepas itu, Bumi yang bergerak lebih laju ni, akan mula mengejar dan ‘memotong’ Marikh sekali lagi. Lagi sekali kedua-dua planet ini berada dalam posisi istiqbal/opposition.

Lihat video di bawah yang menunjukkan simulasi pergerakan orbit Marikh dan Bumi.

 


Elips

 

Ok, masalahnya sekarang, orbit Marikh jauh lebih elips (terhadap matahari) berbanding Bumi. Di sebabkan Bumi dan Marikh tidak akan berada pada poin yang sama setiap kali istiqbal/opposition, maka ada ketikanya Marikh akan berada hampir dengan Bumi, dan ada ketikanya ia akan berada jauh dari Bumi.

Cuba lihat rajah di bawah.

Oppositions-GraphRevised

Kedudukan Bumi dan Marikh, ketika keduanya bersetentang. Perhatikan perbezaan jarak antara keduanya, setiap kali fenomena ini berlaku. Sumber


Apa cerita tahun 2003?

 

Pada tahun 2003, ketika Bumi dan Marikh bertentangan (istiqbal), ia akan berada pada poin yang PALING DEKAT sekali dalam pusingan orbit dalam sejarah 60,000 tahun. Maknanya, sejak 60,000 tahun dulu, walaupun Bumi saling mengejar Marikh, dan berada bertentangan setiap 2 tahun 2 bulan, ia tidak berlaku berada pada poin yang paling dekat sebagaimana berlaku pada tahun 2003 tu.

Namun pada ketika itu pun jarak Marikh dari Bumi ialah 55 JUTA km!

Cuba bandingkan dengan Bulan yang berada pada jarak 379,955 km sahaja.


Kesannya

 

Marikh akan kelihatan paling cerah dan paling besar dari langit bumi.

Tetapi kena faham, ‘besar’ di sini bermaksud, apabila dilihat menerusi teleskop ia akan nampak besar dan mudah untuk melihat ciri-ciri permukaannya, seperti tompokan hitam dan kutubnya. (Berbanding ketika waktu ia jauh dari Bumi, yang mana ia kelihatan kecil dan kurang menarik).

3-Best-Mars-Moon-Conj.-Jul.17.03

Inilah saiz sebenar Marikh apabila dibandingkan dengan Bulan dilihat menerusi teleskop. Foto ini dirakam pada 17 Julai 2003, yang mana ketika itu Bulan melintasi berhampiran dengan planet tersebut. Foto oleh Rick Stankiewicz

Memang ketika itu, senang je nak rakam ‘tompokan hitam’ di permukaan Marikh, kerana ia besar dan terang.

Oleh sebab itulah, seluruh dunia dan peminat astronomi pada tahun 2003 itu telah mencerap sepuas-puasnya planet ini.

_IGP1066 _Large_

Aktiviti cerapan istiqbal Marikh di Universiti Malaysia pada tahun 2007


Adakah ia kelihatan besar seperti Bulan?

 

 

Ikut kiraan perisian Astronomi, Marikh ketika itu bersaiz 25 arc second.

Kita ubah ke skala darjah, yang mana

1 darjah = 60 arc minit
1 arc minit = 60 arc second

Maka, saiz Marikh dalam skala darjah ialah 25/3600 = 0.007 darjah.

Ok, sekarang kita bandingkan dengan Bulan. Saiz Bulan di langit ketika itu ialah 31 arc MINIT = 0.5 darjah

So, kalau kita buat perbandingan saiz Marikh dan Bulan. Ketika itu saiz Marikh ialah 71 kali LEBIH KECIL daripada Bulan

Cuba tengok Bulan, dan cuba bahagikan bulan tu kepada 71 bahagian… hah..itulah besarnya planet Marikh dari langit bumi.

So.. apo ko bondo ni?

Maknanya, ayat yang kata akan kelihatan ‘2 bulan’ di langit adalah tidak tepat dan palsu.


Timeline

 

Ok sekarang kita lihat apa yang berlaku pada tahun 2003…


2003

 

Fenomena Marikh berada hampir dengan Bumi berlaku. Semua nampak ia cerah dan menarik di langit. Banyak foto dirakam. Ketika itu memang best nak tengok menerusi teleskop.

Saya masih ingat lagi, pada tahun ini saya baru sahaja berjinak-jinak dalam astrofotografi, dan merakam menggunakan kamera video Mintron.

Hasil rakaman planet Marikh yang saya rakam sendiri pada tahun tersebut adalah seperti di bawah. Ia dirakam menerusi teleskop Meade LX90 bersaiz 8″.

marsfeatures_21_08_03

MARS_compare_Ikemura

mars_31Jul2003

mars_25Aug2003

mars_21Aug2003

mars_21_08_03

mars_1sep_red

 

 


2005.

 

Muncul pula mesej ni

“The Red Planet is about to be spectacular. Earth is catching up with Mars [for] the closest approach between the two planets in recorded history.On August 27th … Mars will look as large as the full moon. And finally, “NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN.”

Saya ada reply menerusi forum asal FalakOnline, yang bernama Falak-Net (di yahoogroups, tetapi sekarang dah tak aktif).

Screenshot seperti di bawah:

Screen_Shot_2014-08-21_at_3_09_38_PM

Screen Shot 2014-08-21 at 3.10.47 PM


2007

 

Keluar lagi mesej yang serupa, cuma tahunnya diubah sekali lagi kepada 27 Ogos 2007

Saya telah ulas menerusi artikel Betul ke Marikh sebesar Bulan pada 27 Ogos ni?


2010

Lagi sekali mesej yang sama muncul. Tarikh pun diubah kepada 27 Ogos 2010

Sekali lagi saya ulas menerusi artikel Marikh sebesar Bulan 27 Ogos ini? Ohh tidak!!!!


Kenapa tarikh 27 Ogos?

 

Haaa, yang ini saya suka tanya.

Kenapa tiap-tiap tahun mesti jatuh pada tarikh 27 Ogos?

Kalau kita lihat tarikh Marikh berada di kedudukan setentang dengan bumi (istiqbal/opposition) pun berubah-ubah setiap tahun. Sila rujuk artikel Mars Opposition ini dan perhatikan tarikh-tarikh berlakunya fenomena ini.

Malah, awal tahun ini pun baru je Marikh sekali lagi berada hampir dengan Bumi. Boleh rujuk artikel FO di bawah:

Siap sedia semua! Marikh sudah datang!
Marikh istiqbal menjelang Subuh esok 9 April 2014, jam 5 pagi

Saya rasakan penulis copy paste yang menyebarkan cerita ini, merujuk kepada tarikh asal fenomena iaitu 27 Ogos 2003. Cuma,mungkin dia tidak begitu arif berkenaan dengan fenomena istiqbal , orbit Marikh dan lain-lain. Maka, untuk tahun-tahun selepas itu, tarikh 27 Ogos itu jugalah yang dipegang, cuma tahunnya diubah menjadi tahun yang terkini.


Yang lain-lain

 

Dan kalau rajin search di internet menggunakan kata kekunci “mars big as moon hoax“, pasti akan jumpa begitu banyak artikel berkenaan ‘berita’ yang sama, berulang-ulang saban tahun!

Fenomena penyebaran cerita palsu ini sebenarnya bukan sahaja di Malaysia, tetapi berlaku di seluruh dunia! Ia masalah global yang harus ditangani demi menyelamatkan pemikiran manusia yang rasional 😉


Temubual Media

 

Astro Awani pun telah menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan ‘isu’ ini.


Kesimpulan

 

Tidak perlulah lagi menyebarkan mesej-mesej palsu di atas menerusi blog, laman sosial, mahupun mobile seperti Whatsapp dan seumpamanya.

Lebih baik sebarkan link artikel INI, agar dapat memberi maklumat yang betul dan tepat.

Lagipun agensi yang berkenaan sudah pun keluarkan statement rasmi, maka tak perlu nak kecoh atau viralkan yang tiada ketahuan.

Ilmu ini adalah milik Allah SWT. Saya menulis berdasarkan apa yang dipinjamkan ke atas diri ini. Jika ada fakta yang tersilap mohon diberi teguran agar diperbaiki dengan segera.  Kejadian alam ini merupakan hadiah Ilahi kepada hamba-hambaNYA yang mahu berfikir. Mengapa perlu fokus kepada perkara atau isu yang pelik dan tiada tahu hujung pangkalnya, untuk kita tingkatkan iman, walhal disekeliling kita kejadian langit dan bumi itu sendiri, merupakan anugerah yang amat berharga untuk dijadikan motivasi diri meningkatkan amalan, upgrade keimanan.

Jom belajar berilmu menerusi FAKTA (bukan auta)!

Wallahua’lam

Screen Shot 2014-08-26 at 8.47.36 AM

AL-HUJURAAT: Ayat : 6

<kita minum dulu!>

Screen Shot 2014-08-21 at 3.59.39 PM

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

  • ann

    best nya kalau faham macam ni….

  • akma

    Dah agak dah berita palsu..baru dt kat wassap…

  • eiyzzaty xoi eiyja

    kecewa,,ingatkan btul2 bulan jadi dua .. last-ii x betul.. is3x,,.

  • yatee

    Alhamdulillah, tq for your information

  • apis

    nasib baik tido awal smalam..hahahhhaa

    • jumi

      i tak terkesan langsung dgn berita2 mcm ni..dah tau mmg tipu..coz i mmg suka dan cari benda pelik,UFO.sains falak.dan suka lihat langit dan bulan pd waktu mlm.

  • azra

    Haha thanks bgt yaaaaa
    Pdahl dh bgun mlam….

  • Ayahsu

    tq..dengan penjelasan sangat menarik yg dapat memberi kefahaman kepada saya.

  • hahaha

    nibiru lh.. planet x lh.. komet ipson lh.. pole shift lh.. kebodohan manusia.. percaya dengan penipuan mcm nie.. buang masa.. hadapi jer hidup nie mcm biasa dan tak ada apa2 yang berlaku.. jangan jadi budak nerd yang hidup dengan fantasi mengenai ada sesuatu akan berlaku.. ayat tu yang sering budak nerd pakai.. “ada sesuatu yang akan berlaku”..

Skip to toolbar