Almanak Astronomi 2013

almanak2013rev1.2.002(Banner Rev 1.2)

Almanak Astronomi 2013 telah disiapkan. Boleh muat turun poster di atas, atau rujuk saja senarai di bawah. Saya akan kemaskini dari semasa ke semasa pautan di bawah. Selamat mencerap!

Revision History:

  • 26 Mac 2013 Info Gerhana Matahari Separa pada bulan Mei sudah diperbetulkan.
  • 26 Mac 2013 Poster dikemaskini ke versi 1.2
  • 2 Feb 2013 Tarikh Gerhana Bulan Separa telah dibetulkan kepada 26 April 2013. Harap Maklum
  • 2 Feb 2013 Poster dikemaskini ke versi 1.1

______________________________________________________

JANUARI

  • 3-4 Januari – Juraian Meteor Quadrantids (40/jam) [Link 1]

FEBRUARI

  • 15 Feb – Asteroid 2012 DA14 akan melintasi Bumi. Di Malaysia, ia agak rendah di ufuk Selatan
  • 18 Feb, Senja – Bulan akan berada amat hampir dengan Musytari

MAC

  • Comet C/2011 L4 PanSTARRS terbaik bulan ini. [Link 1]
  • 3 Mac 1 pagi – Bulan berada hampir dengan Zuhal.
  • 17 Mac , Senja – Smiley ‘senget’ Kembali (Bulan, Musytari dan Aldebaran)
  • 20 Mac – Ekuinoks. Hari matahari berada tepat di atas Khatulistiwa (7.02 PM Waktu Malaysia)
  • 29 Mac, 11 malam – Bulan berada hampir dengan Zuhal

APRIL

  • 14 Apr, Senja – Smiley ‘Tak Menjadi’ Kembali (Bulan, Musytari dan Aldebaran)
  • 20 April – Hari Astronomi Sedunia
  • 21-22 April. Tengah malam ke Subuh – Juraian Meteor Lyrids (20/sejam).
  • 25 April 26 April – Gerhana Bulan Separa. Mula 2.03 Pagi, Maksimum ~ 4:10 Pagi, Tamat 6.11 Pagi [Link 1]
  • 28 April – Istiqbal Zuhal

MEI

  • 5-6 Mei.  Tengah malam ke Subuh – Juraian Meteor Eta Aquarids (10/sejam) [Link 1]
  • 10 Mei – Gerhana Matahari Cincin di Australia (hanya gerhana separa di Malaysia)
  • 12 Mei – Bulan berada hampir dengan Musytari
  • 23 Mei – Bulan berada hampir dengan Zuhal
  • 26 Mei – Bulan berada di posisi Perigee 21 jam SEBELUM Bulan Penuh (358374 km)
  • 27 Mei – Himpunan Planetari (Zuhrah ,Musytari dan Utaris) di langit senja.
  • 28 Mei 5.16 PM – Istiwa Matahari Di Atas Kaabah

JUN

  • 4 & 5 Jun – Zuhrah berada amat hampir dengan gugusan bintang M35
  • 10 Jun , Senja – Bulan berada hampir dengan Zuhrah dan Utarid
  • 19 Jun. Bulan berada hampir dengan Zuhal
  • 23 Jun – Bulan Penuh Perigee! (356989km)

JULAI

  • 3 & 4 Jul – Zuhrah berada amat hampir dengan gugusan bintang Beehive
  • 10,11 Jul, Senja – Bulan berada hampir dengan Zuhrah
  • 16, 17 Jul. Bulan berada hampir dengan Zuhal
  • 16 Jul 5.28 PM. Istiwa Matahari di atas Kaabah.
  • 21 Jul – Bulan berada di posisi Perigee 21 jam SELEPAS Bulan Penuh (358401km)
  • 22 Jul. Subuh – Musytari dan Marikh berada hampir antara satu sama lain.

OGOS

  • 12-13 Ogos.  Tengah malam ke Subuh – Juraian Meteor Perseids (60/sejam) [Link 1]
  • 27 Ogos – Istiqbal planet Neptune

SEPTEMBER

  • 18 Sep – Zuhrah dan Zuhal berada hampir antara satu sama lain di langit senja.
  • 22 Sep – Hari Equinoks. Matahari berada tegak di atas kepala.

OKTOBER

  • 3 Okt – Istiqbal planet Uranus
  • 12 Okt – Hari Astronomi Sedunia
  • 18 Okt – Gerhana Bulan Penumbra (ketika Subuh)
  • 21-22 Okt.  Tengah malam ke Subuh – Juraian Meteor Orionids (20/sejam) [Link 1]

NOVEMBER

  • Komet C/2012 S1 (ISON)  [Link 1]
  • 3 Nov – Gerhana Matahari Hibrid (tidak nampak di Malaysia)
  • 17-18 Nov.  Tengah malam ke Subuh – Meteor Leonids (40/sejam) [Link 1]

DISEMBER

  • Komet C/2012 S1 (ISON)  [Link 1]
  • 13-15 Dis. Tengah malam ke Subuh – Meteor Geminids (60/sejam) [Link 1]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>