3-4 Jan 2013 Meteor Quadrantids.
Meteor ini dikatakan agak bagus dengan kadar 40 meteor sejam pada ketika waktu puncaknya. Tarikh puncaknya jatuh pada 3 dan 4 Jan, namun jika anda mula melihat seawal 1 Jan atau selewat 5 Jan, masih ada meteornya yang sudah boleh dilihat. Waktu terbaik melihatnya ialah selepas tengah malam pada kedua tarikh tersebut, namun kehadiran Bulan yang sudahpun terbit sekitar jam 10.30 malam akan menyukarkan anda melihat meteor-meteor Quadrantids pada tahun ini!
21-22 April Meteor Lyrids
Meteor Lyrids merupakan meteor yang sederhana sahaja. Lebih kurang 20 meteor sejam boleh dlihat dari kawasan yang gelap. Namun, berdasarkan pemerhatian ahli astronomi amatur, ia boleh menghasilkan trails debu yang terang dan dapat bertahan selama beberapa saat. Namun, cahaya Bulan akan mengganggu kemunculan meteor-meteor ini. Anda mungkin terpaksa menunggu selepas jam 3 pagi, apabila Bulan terbenam, barulah dapat ruang untuk melihat meteor Lyrids ini dalam langit yang gelap.
5-6 Mei Meteor Eta Aquarids
Meteor ini agak ‘ringan’ dengan kadar hanya 10 meteor sejam. Anda digalakkan melihatnya selepas tengah malam jauh dari kawasan gangguan cahaya. Bulan sabit tua akan terbit sekitar 3 pagi, namun cahayanya mungkin tidak akan mengganggu sangat kemunculan meteor ini.
28-29 Julai – Meteor Southern Delta Aquarids
Meteor ini boleh menghasilkan sehingga 20 meteor sejam pada tarikh puncaknya. Namun, meteor-meteornya sudah mula muncul sejak 18 Julai hingga 18 Ogos. Radiannya ialah di buruj Aquarius. Bulan berada dalam suku terakhir akan di langit sekitar jam 2-3 pagi dan mungkin akan mengganggu sikit penglihatan anda.
12-13 Ogos – Meteor Perseids.
Tahun ini merupakan waktu yang bagus untuk mencerap meteor Geminids. Meteor ini boleh menghasilkan sehingga 60 meteor sejam pada waktu puncaknya. Anda sudah boleh melihat meteor ini seawal 23 Julai sehinggalah 22 Ogos, namun puncaknya ialah sekitar 12-14 Ogos. Tahun ini Bulan akan terbenam sebelum tengah malam, lalu membolehkan anda mempunyai peluang besar untuk melihat juraian meteor ini selepas tengah malam hinggalah ke subuh.
21-22 Oktober – Meteor Orionids.
Meteor Orionids ini menghasilkan jumlah meteor yang agak sederhana iaitu sekitar 20 meteor sejam. Tarikh puncaknya juga agak tidak konsisten, tetapi anda mungkin akan dapat lihat jumlah meteor yang agak banyak sekitar 20-24 Oktober. Cahaya bulan akan mengganggu sedikit sebanyak penglihatan meteor ini untuk tahun 2013 ini.
17-18 Nov – Meteor Leonids
Meteor Leonids ini dijangka akan menghasilkan sehingga 40 meteor sejam. Namun kehadiran bulan penuh pada tahun ini akan mengganggu kemunculan meteor-meteor ini. Walaupun begitu dengan kadar yang agak tinggi, anda mungkin berpeluang untuk dapat melihat kemunculan meteor-meteor yang terang. Cuba mulakan pencerapan anda selepas tengah malam.
13-15 Disember – Meteor Geminids
Ia dianggap antara meteor yang paling aktif, dengan kadar sehingga 60 meteor sejam. Ia memuncak pada 13-14 Disember dan muncul dari kawasan buruj Gemini. Malangnya tahun ini ia akan diganggu dengan kehadiran bulan. Bulan akan hanya terbenam sekitar sejam sebelum Subuh, lalu memberi anda masa yang pendek untuk melihat kemunculan meteor Geminids dalam langit yang gelap.
[…] Sumber blog Falakonline kredit Sdra Shahrin Ahmad Shagazer you rock bro….!! […]