3 minute read

Cepat betul masa berlalu, dah masuk hujung tahun 2025 dah!!

Seperti biasa, penutup musim meteor untuk setiap tahun ialah juraian meteor Geminids yang dijangka akan memuncak pada 13-14 Disember 2025 ini, hujung minggu nanti!

Menurut laporan beberapa organisasi yang melakukan kajian mengenai meteor seperti International Meteor Organization dan American Meteor Society, meteor-meteor Geminids ini akan mula kelihatan dan ‘aktif’ bermula 4 hingga 20 Disember 2025 , dan dimasukkaan meteor ini antara kumpulan meteor yang sangat aktif dan konsisten.

Orbit debu dan habuk meteor Geminids. Orbit Bumi berwarna biru. Taagkap layar dari https://www.meteorshowers.org/view/Geminids

Kemuncaknnya agak krtikal kerana ia berlaku dalam satu dua hari sahaja. Ketika itu, sehingga 120-150 meteor setiap jam boleh dilihat dari kawasan langit yang 100% gelap dan tiada gangguan cahaya persekitaran.

Di Malaysia , tarikh kemuncak ialah bermula dari lewat malam, 11 malam hari Sabtu 13 Disember hinggalah masuk Subuh 14 Disember.

Meteor Geminids ini dipercayai berasal dari sebuah asteroid bernama 3200 Phaethon. Asteroid ini unik kerana ia sebuah asteroid kerana selalunya meteor-meteor yang bertaburan di angkasa lepas berasal dari komet.

Disebabkan asalnya dari habuk debu asteroid, maka meteor-meteor Geminids ini kelihatan lebih ‘perlahan’ dan ‘padat’. Kesannya ialah ia berpotensi menghasilkan lebih banyak meteor jenis ‘fireball’ yang terang, serta warnanya yang lebih jelas.

Potensi 2025

Walaupun Bulan berada di langit pada kemuncak Geminids ini, ia tidaklah seteruk yang disangka. Di Kuala Lumpur, Bulan akan terbit sekitar 3 pagi (2 pagi di Sabah). Maka kita masih berpeluang mendapat langit yang gelap jika kita mulakan cerapa sekitar 11 malam hari Sabtu 13 Disember, hinggalah ke 3 pagi.

Namun begitu, Bulan pun dalam fasa sabit menipis. Oleh itu, apabila Bulan sudah terbit, cerapan masih boleh dilakukan dengan mengadap ke kawasan langit sebelah barat (atau jauh dari Bulan).

small issue-lah, no problem

Radian meteor Geminids dari buruj Gemini sudah pun tinggi di langit utara ketika Bulan terbit pada pukul 3 pagi di Kuala Lumpur. SkySafari.

Cara melakukan cerapan

  1. Carilah kawasan langit yang gelap jauh dari bandar-bandar besar yang penuh dengan lampu.

  2. Jika kawasan yang anda cerap itu mempunyai langit yang gelap, tapi ada cahaya dari lampu jalan atau rumah, carilah sudut yang terlindung dari gangguan silau cahaya itu.

  3. Boleh mulakan cerapan seawal 10 malam, apabila buruj Gemini sudah mula terbit di langit Timur-Laut, sehinggalah Subuh.

  4. Halakan pandangan anda ke mana-mana kawasan langit yang gelap. Tak semestinya kena mengadap ke buruj Gemini.

  5. Lakukan cerapan dalam keadaan berbaring atau atas kerusi ‘malas’. Jangan duduk. Mau sakit tengkuk tu bang oiii!!

  6. Seeloknya lakukan cerapan secara berkumpulan. Kalau tengok sorang-sorang confirm ko tidur!

  7. Kira bilangan meteor yang dapat dilihat. Kalau boleh catatkan sekali waktu ia dilihat, arah mana, warna dan sebagainya. Kerja macam ni lagi bagus kalau dibuat dalam berkumpulan.

  8. Paling penting kita kena faham ialah tak semua meteor itu adalah meteor Geminids. Ia mungkin meteor yang rawak atau sporadic meteor. Oleh itu amat penting untuk pastikan meteor tu datang dari arah mana. Jika ia ‘muncul’ dari buruj Gemini, maka itulah Geminids. Jika ia muncul entah dari mana-mana kawasan langit selain Gemini, itu adalah meteor sporadic.

  9. Zaman sekarang ada handphone, boleh rekod catatan tadi dengan voice note kepada diri sendiri.

  10. Masalah dengan handphone ni, cahayanya akan mengganggu cerapan meteor. Oleh itu kalau boleh dim cahaya skrin segelap yang mungkin.

  11. Jika mencerap dengan rakan, biar setiap seorang tu pandang ke kawasan langit yang berlainan. Meteor-meteor ini akan muncul dari pelbagai arah dan tak tahu masa bila ia muncul. Maka itu, adalah penting untuk kita fokus kepada satu kawasan langit sahaja.

  12. Nak ambil gambar? Sebaiknya guna kamera DSLR, dan guna wide lens, mungkin 20mm ke bawah. Jangan guna zoom lens.

  13. Set kamera itu untuk mengambil gambar secara automatik dan berterusan. Waktu dedahan buatlah 30 saat. ISO jangan tinggi sangat nanti gambar tak cantik. Lakukan eksperimen terlebih dahulu sebelum mulakan rakaman. Pastikan gambar tu tak putih melepak over-exposed.

Selamat mencerap semua!