Kadangkala peluang yang tidak disangka-sangka muncul. Dalam kes pengimejan planet Musytari ini, saya tidak pernah dapat saat baik, yang mana cuacanya elok, seeing bagis, transparency pun bagus.
Namun, pada 21 Dis 2012 lepas, hati saya tergerak untuk mencuba sekali lagi.
Dengan pemasangan yang agak ringkas, tanpa pautan kepada EQMOD atau MaximDL, saya hanya menggunakan Handpad Skywatcher untuk mengawal pergerakan teleskop di SGO.
Alhamdulillah inilah hasilnya!
Foto planet Musytari yang paling jelas pernah dapat saya rakam dari langit berhampiran Kuala Lumpur.
Agak teruja juga apabila dapat ‘menimbulkan’ cloud bands pada planet tersebut. Ini merupakan hasil stacking 250 frame dan diproses menggunakan Autostakkert, Registax (untuk wavelet) dan Photoshop.
Memproses imej ini agak tricky kerana apabila saya cuba balik proses raw imej, saya tidak berjaya memperolehi hasil sebaik cubaan pertama saya ini!