Komuniti Falak Online semalam sibuk menjenguk ke langit, untuk menyaksikan satu lagi himpunan planetari, yang saya suka gelarnya sebagai Segi Tiga Kosmos.
Kali ini, Bulan, planet Musytari dan bintang Aldebaran berada dalam sususan yang cantik berbentuk segitiga. Malangnya cuaca di lokasi saya, Sri Damansara, tidak begitu elok dengan awan rendah yang sentiasa mengekori Bulan!
Namun, menjelang tengah malam semalam (23 Jan 2013) , cuaca semakin elok. Maka, saya pun mengambil kesempatan untuk merakam fenomena ini buat kenang-kenangan.
Pada ketika itu, Bulan sudahpun mula terbenam di langit barat. Maka, peta bintang yang saya telah muat naik di FB FO agak berlainan sedikit. Selain itu, Bulan pun sudah beranjak sikit kedudukannya, menyebabkan bentuk segi tiga ini tidaklah seperti 2,3 jam sebelum itu (saya merujuk kepada waktu peta bintang yang disediakan tu).
Sila klik foto di atas untuk besarkannya.
Foto ini dirakam menggunakan Canon 5DMkii, Tamron 70-300 @ 130mm, f/4.5, 4 sec, ISO320
Di bawah merupakan foto yang sama, tetapi sudah dilabel objek-objek yang dimaksudkan.
Nota: The Hyades tu merujuk kepada gugusan bintang berbentuk “V” senget, dengan bintang Aldebaran berada di bucu atas kirinya.
Sambil-sambil tengok tu… jom baca ni..
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;” Al-Imran:190
off topic sekejap , kalo beli bino 7-21×50 maksudnya adakah kita boleh adjust magnified dia kepada 10×50 dan 20×50 ? sesuai tak untuk astronomi ?
boleh. tapi kalau push magnification melebihi 10X, dah tak sesuai sangat untuk cerap bintang… melainkan kena letak atas tripod.