Pada awal pagi esok, 9 Jan 2013, kita akan dapati bulan semakin rendah di ufuk timur pada waktu Subuh.
Walaupun lengkungan sabitnya semakin halus, namun ada sesuatu yang lebih menarik untuk kita sama-sama saksinya.
Earthshine sudah kembali!
Masih ingatkan saya telah beberapa kali menghebah dan menghebohkan fenomena Earthshine menerusi Facebook untuk kesekian kali? Pada Subuh esok kita berpeluang melihatnya sekali lagi.
Apakah sebenarnya Earthshine?
Jika kita lihat cahaya sabit di Bulan, cahaya itu datangnya daripada matahari. Bahagian Bulan yang gelap itu sedang mengalami waktu malam. Sama aja konsepnya dengan siang malam yang berlaku di Bumi kita.
Namun, kadangkala kita masih boleh lihat kawasan malam Bulan itu. Ia tidaklah segelap yang disangka, seolah-olah ia bersinar walaupun tidaklah sesilau bahagian siangnya.
Persoalannya, dari mana datangnya cahaya di bahagian malam Bulan itu? Jawapannya ialah dari Bumi. Pada ketika itu, cahaya matahari yang jatuh ke Bumi, telah dipantul kembali ke angkasa lepas. Namun, ada sebahagian daripada cahaya ini jatuh ke Bulan. Jika ia jatuh pada bahagian malam Bulan, maka di akan kelihatan ‘cerah’ sikit dan tidaklah 100% gelap.
Sama kes dengan kita di Bumi. Apabila malam yang ada Bulan purnama, kita akan disimbahi oleh cahaya dari Bulan, seterusnya menyebabkan suasana malam kita itu tidaklah gelap.
(Photo source HERE)
Bila waktu yang sesuai untuk melihat Earthshine ini?
Selalunya pada awal bulan atau lewat bulan.. ketika Bulan dalam bentuk sabit yang halus. Saya jangkakan sekitar 2,3,4 dan 5hb hijrah, atau 25,26,27,28, hijrah.
Bolehkah kita mengambil gambar kejadian ini?
Boleh. Gunalah kamera DSLR. Saya syorkan guna telephoto lens, agar bentuk Bulan itu besar sedikit. Kemudian set waktu dedahan selama 1 saat ke atas. Kita akan dapati bahagian sabit bulan itu akan menjadi jauh lebih terang, dan bahagian malamnya akan jelas kelihatan.
Foto di atas merupakan contoh earthshine yang saya ambil sebelum ini.
Oleh itu, jika anda berkelapangan esok pagi, jom kita cuba ambil foto Earthshine ini dan kongsi bersama-sama dengan Komuniti FO!
agak2 bole ke tak snap pakai enset
kalau enset boleh buat long exposure, boleh la try