Teleskop berkomputer, kenapa susah sangat nak guna?

Peralatan Astronomi Rujukan, Peralatan & Perisian

Seringkali kedengaran keluhan daripada pengguna teleskop yang mengatakan teleskop baru mreka tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Selalunya pengguna ini adalah mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan astronomi dan terus mahu beli teleskop berkomputer.

“Saya pilih Bulan dalam komputernya, tapi ia bergerak dan hala ke tempat lain!”

Susunan ayat sebegitu selalu juga diluahkan kepada saya, apabila selesai sesi syarahan astronomi serta program cerapan malam. Ia bukanlah sesuatu yang asing bagi diri ini, namun yang sedikit membimbangkan saya (secara peribadi) ialah kebanyakan daripada kita terlampau mengharapkan kepada teknologi sehingga terlupa untuk memahami perkara asas.

keypad meade

 

Andai kata digunakan dengan betul, ia bukan setakat dapat mencari Bulan dan Planet, malah objek-objek samawi indah yang lain seperti gugusan bintang (star clusters), nebula dan galaksi

Teleskop berkomputer, atau lebih dikenali sebagai GoTo Telescopes, seperti jenama Meade (model ETX dan LX), Celestron (NextStar) , Skywatcher dan Orion, memang cukup berguna untuk membantu kita mencari objek-objek yang tidak mudah dicam, seperti “mana satu planet, di antara bintang-bintang yang ada di langit sekarang”. Andai kata digunakan dengan betul, ia bukan setakat dapat mencari Bulan dan Planet, malah objek-objek samawi indah yang lain seperti gugusan bintang (star clusters), nebula dan galaksi. Itu belum lagi diambil kira dengan kemampuannya mencari komet, asteroid dan satelit buatan manusia!

Namun, sebelum kita boleh melihat kesemua itu, teleskop tersebut harus diajar atau dikalibrasikan terlebih dahulu sebelum ia dapat digunakan pada tahap keupayaan sebenar. Kita harus memberitahu poin atau titik rujukan awal (seperti arah Utara). Kemudian kita diperlukan untuk mengisi maklumat tarikh, waktu dan koordinat di mana kita sedang lakukan cerapan tersebut (Jika anda menggunakan model yang mempunyai kemampuan GPS, langkah ini tidak perlu dibuat secara manual, kerana ia akan mendapatkan maklumat itu terus daripada satelit GPS).

Selepas itu, kita akan ditanya dengan arahan seperti “1-star alignment” atau “2-star alignment”.

Selalunya, apabila kita memasuki arahan  “1-star alignment” atau “2-star alignment”, komputer pada teleskop itu akan mengarahkan kepada kita memilih salah satu bintang daripada senarai nama bintang-bintang yang diberi. Atau kadangkala, jika ada “Auto Alignment”, ia akan “memilih bintang secara automatik dan pergi sendiri” ke kawasan tertentu di langit.

Di sinilah ramai yang terperangkap. Jika kita tersalah memilih bintang, samada mungkin bintang itu terlalu kelam kerana lokasinya ada awan, atau mungkin ia menghala ke lokasi yang ada “terlampau banyak bintang” hingga mengelirukan kita, segala kiraan kalibrasi selepas itu akan salah. Apabila kiraan itu salah, berilah apa saja arahan kepada teleskop itu, ia akan tetap hala ke tempat yang salah.

Semua ini akan mengakibatkan kita menjadi kecewa dan mula marah-marah. Kalau tak marah kepada teleskop itu, dia akan marah kepada pembekal teleskop berkenaan dan menuduhnya menipu!

celestron

 

Jika anda melakukan 4 perkara di atas, teleskop jenis berkomputer ini akan dapat bekerja untuk anda dengan efisyen sekali, dan bukannya anda terpaksa bekerja untuknya!

Hakikatnya ialah, program komputer di dalamnya tetap betul, cuma yang menjadikannya salah ialah setting kalibrasi pada permulaannya yang tidak tepat atau salah caranya.

Oleh itu, persediaan yang perlu dilakukan oleh bakal-bakal pembeli teleskop berkomputer ialah

  1. Kenali dulu lokasi buruj-buruj di langit.
  2. Kenali nama-nama bintang dan lokasinya di dalam buruj.
  3. Tahu arah mata angin, terutama arah Utara.
  4. Muat turun perisian seperti Stellarium, Google Sky (untuk mobile) yang dapat membantu anda mengenali objek-objek di langit.

Jika anda melakukan 4 perkara di atas, teleskop jenis berkomputer ini akan dapat bekerja untuk anda dengan efisyen sekali, dan bukannya anda terpaksa bekerja untuknya!

Mudah-mudahan tips ringkas ini dapat membantu anda mengelak daripada tersalah memilih langkah yang boleh mengakibatkan minat astronomi anda terkubur begitu sahaja.

Wallahualam.

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mohammad Redzuan

Bagus hasil tulisan ni. salah satu lg punca, org zaman skrang tamau baca manual…tp ni bagus local 2nd hand teleskop market… hihihi… dpt pakai teleskop baru pd harga sgt murah….

Cepiau Ctambaguz

Masih tetap kalibrasi diutamakan. 🙂

Ijam De Saiko

mahal ke harga teleskop jenis2 macam ni? yang paling murah pun berapa harga teleskop ni ye?

Othman Sirat

saya juga mengunakan teleskop berkomputer.memang betul sangat mudah jika kita tau.dan faham .tiada masaalah bagi saya.mengikut panduan yg diberikan..mula2agak pening jugak.banyakan membaca dan prektis trus prektis .mengikut panduan yg diberikan..