Komet PanSTARRS akhirnya menampakkan diri di langit Malaysia
Setelah berulang-alik dari KL ke Teluk Kemang, sebanyak 5 kali dalam masa seminggu, akhirnya semalam (8 Mac 2013), Komet PanSTARRS berjaya juga kelihatan dan dirakam. Suasana yang pada mulanya tidak begitu baik, namun menjelang Maghrib, awan-awan mula beralih dari lokasi komet itu berada. Saya rasakan keadaan ufuk yang kurang berjerebu atau haze-free, berbanding 4,5 hari lepas, membolehkan komet ini kelihatan jelas dengan contrast yang agak tinggi.
Foto di atas ialah antara 6 frame yang mengandungi komet tersebut. Saya terpaksa juga buat post-processing yang agak agresif bagi ‘menampakkan’ komet ini dengan lebih jelas. Dalam sehari dua ini, ia akan berada pada puncak ketinggian di ufuk barat, sebelum ia mula kembali rendah ke ufuk sebelah kanan matahari. Oleh itu, masih ada peluang untuk mencari komet ini di langit Malaysia.
Foto di atas diambil oleh CK Lim, dari Perseid Telescopes di Pulau Pinang. Jauh lebih jelas suasanannya berbanding dari Teluk Kemang.
Foto ini pula dari Veerayen Mohanadas di Kulim, Kedah. Ia dipaparkan di laman web Spaceweather.com
Harris McHorror turut berjaya merakamnya di celah-celah awan semalam dari lokasi Papar, Sabah (Foto atas).
Pak Aziz (aka mymoon) turut berjaya merakamnya dari Teluk Kemang semalam. (Foto atas) Nampaknya tarikh semalam merupakan tarikh keramat yang mana Komet PanSTARRS mula menonjolkan diri kepada langit Malaysia! Masih lagi menunggu keizinan beberapa rakan lain untuk memaparkan foto mereka di sini…. tunggu.