Apabila Marikh dan Matahari berkumpul…

Fenomena Himpunan Samawi

Apa akan berlaku apabila Marikh dan Matahari berada dalam kedudukan yang hampir sama di langit? Jawapannya, communication problem!

Apa yang dimaksudkan di sini ialah sepanjang bulan April dan Mei nanti, planet Marikh akan berada di kedudukan yang digelar sebagai Mars Solar Conjunction. Ia akan berada di ‘belakang’ matahari, apabila dilihat dari Bumi.

marsconjucntion

(Atas: Rajah menunjukkan kedudukan Marikh dan Bumi ketika ia berada di kedudukan Solar Conjunction. Image credit: NASA/JPL-Caltech)

Setiap 26 bulan sekali, pergerakan Bumi dan Marikh disekeliling matahari akan menghasilkan sususan tersebut, yang mana Matahari akan berada di antara Bumi dan Marikh. Selalunya, pada saat ini adalah hampir mustahil untuk melihat planet tersebut kerana ia berada terlalu hampir dan dilindungi silauan cahaya matahari yang terang itu.

Pada 17 April nanti, Marikh akan berada hanya 0.4 darjah sahaja daripada matahari.

Oleh sebab itu, matahari boleh mengganggu transmisi radio di antara bumi dan marikh. Kesannya ialah kita akan terputus hubungan, buat seketika, dengan robot-robot serta satelit-satelit yang sedang berada di permukaan dan juga di dalam orbit Marikh ketika ini.

Di antara misi angkasa yang bakal terjejas ialah Mars Odyssey, Curiosity dan Mars Reconnaissance Orbiter.

curiosity

 

(Atas: Lakaran misi Curiosity yang bakal terjejas dengan fenomena ini)

Berdasarkan kenyataan akhbar NASA , mereka akan menghentikan hubungan dengan misi angkasa di sana dari 9 hingga 26 April.

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments