less than 1 minute read

23mei2013.001 Pada maghrib bermula 23 Mei ini, kita akan disajikan dengan fenomena himpunan planet-planet Musytari, Zuhrah dan Utarid. Kejadian ini akan berlaku rendah di ufuk barat. Oleh itu , kita mempunyai waktu yang agak terhad untuk meninjau dan memerhatikan ketiga-tiga planet ini, sebelum ia terbenam di ufuk. Waktu yang terbaik ialah sekitar 30 minit SELEPAS waktu Maghrib di tempat masing-masing. Gunalah mata, tetapi jika anda mempunyai Binokular, gunalah ia sebagai bantuan untuk mencari planet-planet ini. Secara amnya, Zuhrah merupakan yang paling cerah di antara ketiga-tiganya. Musytari yang kedua dan Utarid paling malap. Saya anggarkan Utarid agak mencabar untuk dicari. Gunalah rajah di atas sebagai panduan mencari ketiga-tiga planet ini. Ia menunjukkan posisi selama 5 hari bemrmula Maghrib 23 Mei2012. InsyaAllah saya akan upload untuk 5 hari berikutnya pada minggu hadapan. Selamat mencerap!