Ekuinoks September 23 Sep 2013 4.44 am waktu Malaysia tadi

Fenomena Himpunan Samawi

September Ekuinoks dah kembali.

Pada hari ini, 23 Sep 2013 jam 4.44 AM (Waktu Malaysia), Matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Ia sedang melintasi garisan ini menuju ke hemisfera selatan pula.

Fenomena ini dipanggil sebagai ekuinoks, dan ia berlaku 2 kali setahun (satu lagi berlaku pada 20 Mac).

Pada tarikh ini, matahari akan kelihatan terbit tepat di Timur dan terbenam tepat di Barat.

Perasan atau tidak, matahari tidak terbit di lokasi yang sama sepanjang tahun. Ia akan berada di dalam lingkungan kawasan 23.4° ke kanan atau ke kiri dari titik Timur/Barat. Ini disebabkan paksi Bumi yang senget 23.4°.

Earth-lighting-equinox_EN

(Rajah kredit wikipedia)

Ekuinoks bulan September ini menandakan bermulanya musim luruh di hemisfera utara, dan sebaliknya bermulanya musim bunga di hemisfera selatan.

Jangan risau dan fikir konspirasi yang bukan-bukan. Fenomena ini berlaku setiap tahun dan menandakan keindahan susunatur alam ciptaan Allah SWT.

Kalau kita lihat peta dunia yang menunjukkan keadaan siang dan malam, kita akan dapat garisannya lurus dan tegak (Lihat screenshot dari laman iTelescope.net di bawah)

screen 2013-09-23 at 8.10.31 AM

Semoga memberi bermanfaat

0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments