Penjelasan ringkas isu Retrograde Marikh

Berita Hoax

Screen Shot 2015-10-23 at 10.15.16 AM

Nampak gayanya, isu ini hidup kembali, dan dalam variasi baru dikaitkan dengan jerebu.

Buat masa ini saya sertakan dulu infografik ringkas mengenai isu Retrograde dan Marikh. InsyaAllah jika berkesempatan, saya akan menulis sekali lagi (tahun 2005 lepas pernah tulis juga) mengenai retrograde ini.

Secara amnya:

  1. Planet Jupiter dan Neptune tidak akan dapat menghalang matahari kerana orbitnya berada lebih jauh daripada orbit Bumi.
  2. Hanya planet Utarid dan Zuhrah sahaja yang boleh melintasi di hadapan matahari, dan itu pun tidak akan melindungi sepenuhnya. Ia dipanggil Transit.
  3. Hanya Bulan sahaja boleh menutupi matahari, menerusi fenomena Gerhana Matahari Penuh.
  4. Tak wujud ‘kajian NASA’ yang mengatakan “15 hari bergelapā€
  5. Planet ā€˜jupitusā€™ tak wujud, yang wujud ialah ā€˜Jupiterā€™

 

  1. RETROGRADE TIDAK merujuk kepada PUSINGAN paksi sesebuah planet.
  2. RETROGRADE merujuk kepada PERGERAKAN planet ke arah barat apabila MERENTASI BURUJ-BURUJ apabila DILIHAT DARI LANGIT BUMIRETROGRADE boleh dilihat berlaku dengan MANA-MANA objek yang berada di belakang orbit Bumi (iaitu Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune).
  3. Pergerakan matahari naik di timur, turun di barat merujuk kepada PUSINGAN PAKSI Bumi… BUKAN RETROGRADE.RETROGRADE berlaku apabila pergerakan Bumi dalam orbitnya yg lebih laju, mula memintas/memotong pergerakan planet2 lain yang lebih lambat (rujuk No.3)
  4. Contoh. setiap kali Bumi mula mengejar Marikh dalam orbitnya (lebih kurang 2 tahun 2 bulan), kita akan nampak pergerakan Marikh DI LANGIT menjadi RETROGRADE untuk beberapa bulan, dan kemudian normal kembali.
  5. Semua planet2 dari Marikh ke Neptune, akan kelihatan bergerak ke Timur (merentasi buruj-buruj) dan apabila Bumi ‘memotong’ planet2 ini barulah kita akan nampak ia bergerak sebentar ke Barat (merentasi buruj-buruj) untuk beberapa ketika sebelum ia kembali bergerak ke arah Timur.
  6. RETROGRADE TIDAK ADA KAITAN dengan PERGERAKAN Matahari di langit.

 

Saya merayu dan memohon kepada trigger-friendly keyboard warrior semua, sila faham dahulu konsep Orbit dan Pergerakan Objek-objek langitĀ  sebelum kita menyebarkan maklumat yang salah (walaupun tujuannya ‘baik’) kepada orang ramai. Kecoh satu negara dibuatnya.

Jom Belajar Menjadi Masyarakat Berilmu

0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments