Previu 2017 – Bilakah planet-planet akan kelihatan.

Fenomena Himpunan Samawi

26914693424_1f101e2ba7_o

Sudah hampir sampai ke penghujung 2016 dan InsyaAllah kita akan bakal memasuki satu lagi pusingan tahun baru 2017. Seperti biasa, saya akan cuba membawa pemerhatian kita semua kepada fenomena langit menarik yang boleh dicerap sepanjang tahun hadapan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan dalam bentuk kalendar, boleh terus rujuk ke Almanak Astronomi 2017.

Berikut merupakan antara fenomena yang menarik untuk diperhatikan.


Kedudukan Planet-planet

 

Utarid

Planet Utarid sentiasa berubah kedudukan dalam kadar yang pantas. Ia akan sentiasa berada agak rendah di ufuk langit, dan ketika ia berada pada poin paling tinggi, ia hanya dapat dilihat beberapa hari sahaja sebelum ia hilang bergerak berhampiran dengan matahari.

Utarid akan berada di langit waktu senja (Maghrib) pada sepanjang bulan Mac, Julai, 2 minggu awal bulan Ogos dan sepanjang bulan November.

Untuk mencerapnya pada waktu Subuh, ia akan muncul sepanjang bulan Januari dan 2 minggu awal bulan Februari, sepanjang bulan Mei dan 2 minggu awal bulan Jun, 3 minggu pertama bulan September dan 2 minggu terakhir bulan Disember.

Tarikh-tarikh penting bagi Utarid ialah seperti berikut:

  • 17 Jan   Subuh  Utarid berada paling tinggi di langit pagi sekitar 17 deg.
  • 31 Mac  Maghrib. Utarid berada paling tinggi di langit senja pada waktu Maghrib lebih kurang 16 deg.
  • 20 Mei   Subuh. Utarid berada paling tinggi di langit pagi 30 minit selepas Subuh (10.7 deg).
  • 26 Julai   Maghrib. Utarid berada paling tinggi di langit senja pada ketinggian 24.9 deg.
  • 12 Sep  Subuh. Utarid berada paling tinggi di langit pada 4.8 deg.
  • 25 Nov   Maghrib. Utarid berada paling tinggi di langit senja pada 20 deg.

Zuhrah

Zuhrah akan memulakan tahun 2017 di langit petang selepas Maghrib. Pada 15 Jan, planet ini akan berada pada kedudukan tertinggi pada waktu Maghrib!

venus 15 Dec 2016

Ia akan kelihatan pada waktu senja ini sehinggalah minggu ke-3 bulan Mac. Selepas itu ia kembali hilang dari pandangan dan berada amat hampir dengan matahari.

Selepas itu, ia akan mendominasi langit Subuh, bermula bulan April hinggalah ke hujung tahun 2017!

Tarikh-tarikh penting bagi Zuhrah:

  • 15 Jan   Maghrib.  Zuhrah berada paling tinggi di langit senja sekitar 46 deg.
  • 11 Jun   Subuh. Zuhrah berada paling tinggi di langit pagi 30 minit selepas Subuh (31.2 deg).

Marikh

Marikh akan berada di langit senja (selepas Maghrib) dari awal tahun hinggalah ke bulan Jun. Ketika itu, ia berada jauh dari Bumi dan akan kelihatan kecil dan kurang menarik untuk dilihat menerusi teleskop.

Mars 20 May 2016

Selepas itu, ia akan kembali muncul di waktu Subuh bermula bulan September hinggalah ke hujung tahun 2017. Namun, ketika itu pun ia masih terlalu jauh dari Bumi untuk kelihatan menarik.

Tahun 2017 bukanlah tahun yang bagus untuk mencerap Marikh.

Musytari

Musytari akan berada tinggi di langit pada waktu Subuh, pada permulaan tahun 2017. Ia akan semakin hampir dan terang menjelang istiqbalnya pada 8 April 2017, yang mana ketika itu ia akan terbit sebaik sahaja matahari terbenam pada waktu Maghrib.

Jupiter 7 Nov 2015

Selepas itu, ia akan terus berada di langit senja sehinggalah bulan Oktober 2017, yang mana ia akan kembali hilang dari pandangan kita.

Zuhal

Zuhal juga sudah mula kelihatan rendah di ufuk timur pada waktu Subuh, pada awal 2017. Menjelang bulan April, ia akan berada tinggi di atas kepala pada waktu Subuh.

Saturn 19 Apr 2015 1215am MYT

Ia akan berada pada kedudukan istiqbal pada 15 Jun 2017, yang mana ia akan terbit pada waktu Maghrib. Ia akan terus berada di langit senja sehingga pertengahan bulan Disember, iaitu ketika ia kembali hilang dari pandangan di ufuk barat.

Uranus dan Neptune

Kedua-dua planet ini memerlukan teleskop untuk dilihat, dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, jika ada yang berminat untuk mencarinya, tarikh-tarikh sekitar istiqbal boleh digunakan untuk menjejakinya

  • 5 Sep    1.11 pm Istiqbal. Neptune bersetentang dengan matahari. Boleh dijejaki sepanjang malam.
  • 20 Okt    1.19 amIstiqbal. Uranus bersetentang dengan matahari. Peluang menjejaki planet ini sepanjang malam.

Tarikh sesuai untuk aktiviti cerapan.

 

Soalan yang sering ditanya kepada saya ialah, apakah planet yang boleh dilihat pada tarikh-tarikh sesebuah aktiviti cerapan (contohnya untuk program sekolah, masjid dan awam).

Moon, Venus, Jupiter conjunction 21 June 2015

Berikut saya ringkaskan apa yang boleh dilihat sekitar jam 9 malam (Semenanjung) atau 8 malam (Sabah), iaitu lebih kurang 30minit atau 1 jam selepas Isya’, yang juga waktu prime time aktiviti cerapan baru dimulakan.

Untuk mendapat waktu dan tarikh yang lebih tepat, sila gunakan perisian seperti Stellarium.

  • Januari
    • Minggu-1 dan ke-2 – Bulan, Zuhrah dan Marikh
    • Minggu ke-3 dan ke-4 – Zuhrah dan Marikh
  • Februari
    • Minggu-1 dan ke-2 – Bulan, Zuhrah dan Marikh
    • Minggu ke-3 dan ke-4 – Zuhrah dan Marikh (tetapi semakin rendah di ufuk barat)
  • Mac
    • Minggu-1 dan ke-2  – Bulan
    • Minggu ke-3 dan ke-4 – Musytari
  • April
    • Minggu-1 dan ke-2 – Musytari dan Bulan
    • Minggu ke-3 dan ke-4 – Musytari
  • Mei
    • Minggu-1 dan ke-2  – Musytari dan Bulan
    • Minggu ke-3 dan ke-4 –  Musytari. (Zuhal baru terbit ketika jam 9 pm (8 pm Sabah))
  • Jun
    • Minggu-1 dan ke-2  – Zuhal, Musytari dan Bulan
    • Minggu ke-3 –  Zuhal, Musytari
    • Minggu ke-4 – Bulan, Zuhal, Musytari
  • Julai
    • Minggu 1 dan ke-2  – Zuhal, Musytari dan Bulan
    • Minggu ke3 – Zuhal, Musytari
    • Minggu ke-4 – Bulan, Zuhal, Musytari
  • Ogos
    • Minggu 1 dan ke-2 – Bulan, Zuhal, Musytari
    • Minggu ke-2 dan ke-3 – Zuhal, Musytari
    • Minggu ke-4 – Bulan, Zuhal, Musytari
  • September
    • Minggu-1 – Bulan, Zuhal dan Musytari (Musytari –> rendah ke barat)
    • Minggu ke-2 dan ke-3 – Zuhal
    • Minggu ke-4 – Bulan dan Zuhal
  • Oktober
    • Minggu-1 dan ke-2 – Bulan, Zuhal
    • Minggu ke-2 dan ke-3  – Zuhal
    • Minggu ke-4 – Zuhal dan Bulan
  • November
    • Minggu-1 – Bulan dan Zuhal (Zuhal rendah di ufuk barat)
    • Minggu ke-2 – Zuhal (tetapi amat rendah di ufuk barat)
    • Minggu ke-3 – Tiada planet dan bulan
    • Minggu ke-4 – Bulan
  • Disember
    • Minggu-1 – Bulan
    • Minggu ke-2 dan ke-3 – Tiada planet dan bulan
    • Minggu ke-4 – Bulan

Tarikh istimewa September 2017

 

Pada bulan September 2017, akan berlaku penghijaban antara Bulan dan Zuhrah serta Utarid. Fenomena ini akan berlaku pada waktu Subuh dan ketika matahari sedang terbit. Ia amat jarang dapat dilihat dari Malaysia, dan atas sebab itu saya rasakan ia patut menjadi fenomena tumpuan untuk 2017 nanti. Maklumat lanjut akan saya paparkan menerusi artikel khas mengenainya nanti, InsyaAllah.

 

0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments