3 minute read

  [caption id=”attachment_6500” align=”alignnone” width=”1122”]Screenshot 2019-07-03 at 4.48.48 AM Momen fasa gerhana matahari penuh yang dlihat menerusi live streaming pagi tadi![/caption] Menakjubkan! Itulah yang dapat disaksikan oleh jutaan penduduk sekitar Amerka Selatan, terutamanya di Chile, apabila bayang-bayang Bulan bergerak merentasi benua itu, dan menghasilkan fenomena Gerhana Matahari Penuh! Apabila saya bangun sekitar jam 4 pagi tadi, tinjauan kasar menunjukkan kebanyakan daripada laman web sedang menyiarkan live strim daripada pelbagai lokasi. Namun, tumpuan saya ialah di sekitar balaicerap La Silla kepunyaan ESO, di mana ramai saintis dan ahli astronomi berkumpul dan menyaksikan satu pemandangan yang mengkagumkan dari kawasan 2400 meter dari aras laut! [caption id=”attachment_media-155” align=”alignnone” width=”2560”]Screenshot 2019-07-03 at 4.27.54 AM.jpg Rangkuman 4 skrin youtube yang saya tonton serentak awal pagi tadi! Tamak benor! :-D[/caption] Jika anda ingin menontonnya sekali lagi, sila klik pautan-pautan di bawah https://www.youtube.com/watch?v=OTLbIPmvn4Q (Atas: Video ini ada temuramah dan merakam suasana pencerap di sekiar La Silla Observatory) https://www.youtube.com/watch?v=1a1gsB_aoT0 (Atas: Video ini fokus pada pemandangan sahaja) https://www.youtube.com/watch?v=JKA2Vu_Iyik (Atas: Video ini fokus pada Matahari sahaja) Menjelang 10-15 minit sebelum Fasa Gerhana Penuh atau dikenali juga sebagai Totality, saya dapat lihat betapa gelisah dan terujanya si pemberita, dan juga beberapa orang yang ditemuramahnya! Sekali sekala, kedengaran salah seorang pencerap itu menjerit countdown menjelang saat-saat gelap. [caption id=”attachment_media-160” align=”alignnone” width=”831”]Screenshot 2019-07-03 at 7.30.12 AM.jpg Sesi temuramah. [/caption] Dalam masa 3 minit, mereka melaporkan suasana semakin kelam dan suhu jatuh mendadak. Saya boleh ingat kembali pengalaman saya sendiri di Australia dan Amerika Syarikat, memang sejuk! Kemudian kedengaran juga planet Venus kelihatan di sebelah bawah Matahari, serta bintang Sirius. OK la, susah nak taip.. link INI bermula menjelang 3-4 minit sebelum Totality, boleh saksikan sendiri! Kemudian dalam masa beberapa saat menuju Totaliy, kelihatan langit sebelah barat sudah menjadi gelap. Ufuk kelihatan jelas dan tajam. Warna ufuk bertukar menjadi oren, kuning. [caption id=”attachment_media-161” align=”alignnone” width=”835”]Screenshot 2019-07-03 at 7.38.34 AM.jpg Warna ufuk kuning, langit menjadi gelap![/caption] Tak lama selepas itu Fasa Penuh pun bermula! Kedengaran orang ramai berteriak. Pencerap yang ditemuramah tadi sibuk dengan rakaman. Paling jelas, kita boleh dengar wartawan yang merakam video itu sendiri berasa amat kagum dan terkejut. Mungkin ini kali pertama dia tengok kot! Sekali lagi, payah saya nak jelaskan dalam perkataan. Di bawah ialah pos tweet yang berjujuk-jujuk masuk ke dalam timeline twitter saya pagi tadi. Saya cuba komen yang termampu!


https://twitter.com/shahgazer/status/1146159942371463168

Screenshot yang saya buat dari youtube, gabungan beberapa momen suasana langit dan bayang-bayang Bulan yang bergerak begitu laju sekali!


  https://twitter.com/esascience/status/1146159337435537409 Kesan bentuk yang dikenali sebagai Diamond Ring, boleh dilihat beberapa saat sebelum gelap dan beberapa saat ketika ia nak keluar. Foto ini ketika ia nak masuk ke fasa Totality.


https://twitter.com/shahgazer/status/1146161013751894016 @Cosmic_Carol merakam time lapse suasana pergerakan bayang-bayang Bulan menerusi iphone je!


https://twitter.com/shahgazer/status/1146161632789192704 Pemandangan gerhana dengan foreground- nya Balai Cerap LSST yang sedang dibina.


https://twitter.com/mariekebaan/status/1146164906238074890 Sekitar atas pergunungan yang menempatkan La Silla Observatory!


https://twitter.com/shahgazer/status/1146161861475221504 Satelit NOAA GEOS-16 merakam pergerakan bayang-bayang Bulan merentasi Lautan Pasifik Selatan dan menuju ke Chile! Saya rasa ini antara gambar dari satelit yang paling jelas setakat ini!


https://twitter.com/shahgazer/status/1146162468986556416 Lagi foto menggunakan smartphone. Nampak gaya lepas ni boleh bungkuslah jualan kamera DSLR!


https://twitter.com/shahgazer/status/1146163229749469184 Yang ini sungguh menakjubkan. Saya rasa ia pemandangan dari kawasan bandar di Chile. Kena ingat ketika gerhana ini berlaku, ia waktu petang di sana… menjelang Maghrib. Maknanya Matahari memang rendah di ufuk!


https://twitter.com/Cosmic_Carol/status/1146163495391490048 Pengguna twitter @Cosmic_Carol begitu emosional ketika dia menggambarkan pengalamannya!


https://twitter.com/shahgazer/status/1146165571626475520 Pemandangan wide angle ini memang sungguh … menakutkan!


https://twitter.com/shahgazer/status/1146166861370810368 Yang ini pun menarik. Suasana pemerhati yang melihatnya dari kawasan pantai! MasyaAllah!


https://twitter.com/guillex82/status/1146217787616092163 Bentuk imej Matahari seperti bulan sabit, ketika dalam fasa gerhana separa. Saya ada terangkan sedikit mengenai efek imej Matahari ini menerusi video ringkas saya di FB di bawah (atau klik link ini). https://www.facebook.com/shahgazer/videos/vb.1603315048/10217802168918266/?type=3


https://twitter.com/karlapatricia__/status/1146217161993719809 Lagi rakaman time lapse yang sangat menarik. Kesan bayang-bayang Bulan bergerak tu memang jelas!


https://twitter.com/laraiznoticias/status/1146215930990661637 Rakaman oleh televisyen tempatan!


https://twitter.com/PaolaPaoreinoso/status/1146215392727261186 Momen yang dirakam oleh penduduk tempatan.


Dan di bawah ialah foto-foto Totaliy yang masih fresh di kongsi di twitter. https://twitter.com/theartofnight/status/1146169343971143680 https://twitter.com/AccuAstronomy/status/1146157315114098689


Kita tunggu lagi dalam masa beberapa hari, foto-foto yang lebih menarik pasti akan mula dikongsikan oleh pakar astrofoto yang merakamnya di sana. Sesungguhnya feomena Gerhana Matahari Penuh adalah sesuatu kejadian dan bukti kekuasaan Allah SWT. Kagum, takut, insaf dan terpesona, semua perasaan itu akan bercampur-baur dalam momen fasa penuh yang amat singkat itu. Gerhana Matahari Cincin yang kita akan dapat saksikan di Malaysia hujung tahun 2019 ini nanti JAUH BERBEZA dan TIDAK SAMA dengan fenomena Gerhana Matahari PENUH. Namun begitu, kita patut ambil peluang untuk merasainya nanti. Kalau nak tunggu Gerhana Matahari Penuh muncul di Malaysia, kita kena tunggu tahun 2042! Kalau malas nak tunggu, jom kita gagahkan diri kumpul duit dan jelajah ke lokasi di mana gerhana penuh akan berlaku, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Pengalaman yang akan diperolehi nanti pasti akan mengubah hidup anda! Jangan lupa follow Twitter saya. Saya akan pos dan retweet foto-foto terbaru yang muncul sepanjang hari ini dan hari-hari akan datang.