JWST mengintai Tarantula Nebula pula

Berita Blog Misi Angkasa
Image Credit: NASA, ESA, CSA, and STScI

Foto terbaru dari James Webb Space Telescope (JWST) menunjukkan kawasan di dalam Nebula Tarantula.

  1. Tarantula Nebula (juga dikenali sebagai 30 Doradus) ialah sebuah nebula gergasi di dalam galaksi satelit berhampiran dengan kita, iaitu The Large Magellanic Cloud. Di langit Malaysia, ia berada rendah di ufuk selatan di dalam buruj Dorado.
Kedudukan Tarantula Nebula di langit Malaysia sekitar Subuh sekarang (September)
  1. Ia terletak pada jarak 160,000 tahun cahaya dari Bumi. Andai kata ia berada pada jarak yang sama seperi Nebula Orion (~1500 tahun cahaya), nebula ini akan amat bercahaya sehingga boleh menghasilkan bayang-bayang di Bumi!!
  2. JWST telah meneropong ke dalam nebula ini. Saiz sebenar kawasan yang dirakam oleh teleskop ini ialah 340 tahun cahaya dari kiri ke kanan gambar ini.
  3. Ia dirakam menggunakan Near-Infrared Camera (NIRCam) yang akan dapat menembusi halangan habuk dan debu, dan dapat melihat ke kawasan yang belum pernah dapat dilihat sebelum ini.
  4. Paling menyerlah ialah bintang-bintang bewarna biru, iaitu bintang-bintang muda yang baru saja terbentuk.
  5. Kawasan merah pula ialah ‘embrio bintang’ yang belum betul-betul membentuk bintang dan masih diselubungi habuk/debu seperti kepompong!
  6. Saintis juga menggunakan alat dipanggil spektograf untuk melihat apakah bahan-bahan yang ada di dalam bintang-bintang dan gas disekitar kawasan ini. 
  7. Dari maklumat ini saintis boleh tahu umur sebenar Nebula Tarantula ini dan sudah berapa banyak generasi bintang yang sudah dilahirkan di sini.
  8. Kalau kita tengok di kawasan tepi, ada banyak nebula bewarna seperti berkarat. Ini merupakan nebula yang kaya dengan bahan hidrokarbon yang kompleks. Bahan-bahan ini merupakan benih kepada pembentukan bintang-bintang pada masa akan datang.

Rujukan:

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments