2 minute read

[caption id=”attachment_3860” align=”alignnone” width=”1024”][![134432011166815546704483_3443238551154822709_o](/semesta/assets/wp-content/uploads/2016/06/13443201_1166815546704483_3443238551154822709_o-1024x683.jpg)](/semesta/assets/wp-content/uploads/2016/06/13443201_1166815546704483_3443238551154822709_o.jpg) Komet C/2013 X1 PanSTARRS yang dirakam menerusi iTelescope.net. Kredit Piotr Dzikowski‎[/caption] Sebuah komet yang agak ‘cerah’ sedang melintasi langit senja kita. Diberi nama Komet C/2013 X1 PanSTARRS , ia bakal menyinar pada kecerahan sekitar magnitud 6 (iaitu had limit penglihatan mata kita dalam suasana langit gelap). Berdasarkan pengalaman dulu, tahap kecerahan ini amat mudah dirakam menggunakan kamera DSLR dan lens ber-aperture besar seperti 50mm f/1.8 Namun, dari kawasan bandar, ia tidak mungkin dapat dilihat dengan mata. Anda perlukan sekurang-kurangnya sebuah Binokular untuk mencarinya. Menurut rekod pencerapan di laman web Seiichi Yoshida, kecerahan komet ini menunjukkan trend yang menaik dan dijangka akan memuncak pada awal Julai nanti. [caption id=”attachment_3849” align=”alignnone” width=”645”]Screen Shot 2016-06-20 at 4.38.27 PM Rekod kecerahan komet C/2013 X1[/caption]   Saya juga merujuk kepada data di laman web Comet Observation Database, dan menganalisa data _light curve yang direkod bermula 1 Mei 2016 lepas. Ada 76 data yang ada dan ia juga menunjukkan trend menaik yang cukup baik. Screen Shot 2016-06-20 at 4.40.46 PM


Kedudukan

  Pada ketika artikel ini ditulis, Komet X1 ini (kita panggil X1 je la, jenuh nak tulis nama panjang) akan terbit sekitar 1 jam selepas Isya’ di kawasan langit tenggara. Ia sedang berada di bahagian bawah buruj Sagittarius. Kemudian menjelang hujung bulan Jun , ia akan berada di bawah buruj Scorpius dan begerak masuk ke kawasan buruj Lupus/Centaurus di langit selatan, sekitar Aidilfitri. [caption id=”attachment_3848” align=”alignnone” width=”924”]Screen Shot 2016-06-20 at 4.34.26 PM Laluan Komet C/2013 X1 selama 3 minggu bermula 20 Jun hingga 10 Julai. Simulasi Skychart CdC[/caption] Tarikh-tarikh antara 26 Jun hingga 8 Julai agak menarik kerana Komet X1 akan bergerak di kawasan ‘ekor’ buruj Scorpius yang mana di situ terletaknya begitu banyak bintang-bintang terang, gugusan bintang, nebula dan juga lingkaran Bima Sakti turut merentasi kawasan itu. [caption id=”attachment_3853” align=”alignnone” width=”968”]Screen Shot 2016-06-20 at 6.26.09 PM Peta lebih terperinci laluan Komet C/2013 X1 berhampiran dengan ekor Scorpius.[/caption]


Merakam menggunakan DSLR

  Peta di atas telah ditanda dengan kotak merah. Itu merupakan medan pandangan sebuah kamera DSLR dengan lens 50mm f/1.8 Ia boleh dijadikan panduan untuk melakukan framing yang sesuai. Tetapkan waktu dedahan anda sekitar 10-15 saat dengan menaikkan ISO sekitar 800 atau 1600. Jika anda meletakkan kamera di atas sebuah tracking mount , bolehlah panjangkan lagi waktu dedahan. Seperti biasa, saya galakkan ambil seberapa banyak keping gambar dan kemudian gunakan perisian percuma seperti Deep Sky Stacker untuk menindihkan gambar-gambar tersebut menjadi satu. Hasilnya akan jauh lebih memuaskan berbanding gambar sekeping.


Kedudukan Komet C/2013 X1

  Dari sudut pandangan di angkasa lepas, komet ini sudah pun melepasi perihelion pada 20 April 2016 lepas. Ia juga berada jauh daripada matahari ketika itu, malah orbitnya tidak akan melintasi orbit Bumi langsung. Screenshot di bawah di ambil menggunakan utiliti web TheSkyLive. Ia menunjukkan posisi komet X1 pada tarikh 20 Jun 2016. C2013X1 Komet C/2013 X1 merupakan satu-satunya komet yang agak terang yang sedang melintasi kita sekarang. Kedudukannya di langit yang agak tinggi, dan waktu yang selesa (iaitu selepas Isya’), menjadikan komet ini target yang sesuai untuk kita sepanjang bercuti AidilFitri nanti. Selamat mencerap!