Kebakaran hutan yang sedang melanda Australia sekarang, telah pun memasuki kawasan Siding Spring Observatory!
Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan astronomer di sana, suasana di sana cukup genting kerana api yang marak itu berada bersebelahan sahaja daripada puncak bukit yang menempatkan 12 buah teleskop, termasuk teleskop Australian Astronomical Telescope (AAT) yang saya melawatnya pada ekspedisi bulan Nov 2012 lepas.
Cukup menakutkan apabila melihat foto-foto yang menunjukkan keadaan di sana. Asap tebal menyelubungi sebahagian besar langit di sana.
Pengurus besar iTelescope.net, Brad Moore melaporkan bahawa semua pekerja yang berada di fasiliti Siding Spring Observatory telahpun diarah keluar dan berlindung di bandar Coonabarabran berdekatan. Staf iTelescope, Pete Polous yang merupakan Pengurus Balaicerap di sana, pun telah selamat berada di luar kawasan bahaya.
(Foto di atas diambil ketika saya melawat Pete di pejabat beliau di Siding Spring Observatory)
Saya telah melawat ke Siding Spring sebanyak 2 kali, dan grown attached dengan tempat tersebut. Perkhabaran kebakaran hutan yang berlaku di sana agak mengejutkan saya. Fasiliti ini, walaupun bukan milik kita, tetapi sumbangan serta penemuan-penemuan yang berjaya diukit di sini terhadap dunia astronomi, menjadikannya cukup penting untuk dijaga daripada musnah teruk.
Foto di atas menunjukkan dengan jelas betapa hampirnya kebakaran itu dengan teleskop AAT tadi. Klik SINI untuk foto asal.
(Foto di atas diambil berlatarbelakangkan Balai cerap AAT)
Video di bawah merupakan timelapse yang dirakam dari kamera di salah sebuah teleskop di sana, MORPA radio teleskop. Kita boleh lihat dengan jelas pergerakan masuk kepulan asap dan api pada hujung video tersebut.
Seorang penduduk, Tom Shanks, yang bergerak keluar dari kawasan Siding Spring menuju ke bandar Coonabarabran, telah merakamkan keadaan api yang dapat dilihat di Timur Road, laluan utama ke fasiliti astronomi tersebut.
Foto kredit : Tom Shanks
Dan di bawah menunjukkan keadaan yang dapat dilihat daripada bandar Coonabarabran. dari instagram, mr_unicomb
Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.