Lagi foto dan video kemaraan dan kesan kebakaran di Siding Spring Observatory

Berita Umum

Foto dan video kebakaran di Siding Spring Observatory semakin banyak muncul di laman-laman web. Terbaru (di bawah) menunjukkan video timelapse dari salah sebuah balai cerap bernama Solaris-3, yang jelas menunjukkan suasana ketika api dan asap sedang mara bergerak berhampirannya.

Foto di bawah diambil oleh Allison Canham dari bandar Baradine, berhampiran dengan Coonabarabran. Laporan mengatakan asap ini naik setinggi 14 km!

sso from baradine

 

Di bawah menunjukkan graf suhu yang dirakam daripada salah sebuah stesyen cuaca di sana. Suhu mencecah 120 darjah Celsius apabila ia menghampiri ke alat tersebut, dan api juga telah terkena pada kamera web yang dipasang di situ.

sso weather plot

 

Setakat ini 6 daripada 12 buah teleskop masih dapat dihubungi (para pekerja masih tidak dibenarkan masuk ke kawasan Siding Spring lagi).

Foto dibawah pula ialah rakaman pada waktu malam semalam, yang menunjukkan kawasan di mana balai cerap iTelescope (ditandakan) berada.

sso itelescope night

Dan pada pagi tadi, bos mereka, Brad Moore melaporkan fasiliti mereka setakat ini nampak OK. Foto di bawah menunjukkan sebuah helikopter sedang melakukan pemantauan dipersekitaran bangunan iTelescope tersebut.

sso itelescope morning

 

Buat masa ini, keadaan kebakaran di sekitar Siding Spring semakin lega. Dijangkakan fasiliti di sini tidak dapat digunakan selama 2 minggu, bagi membolehkan pekerja di sana melihat kerosakan terhadap peralatan-peralatan mereka.

Foto terakhir saya malam ini (di bawah) menunjukkan rakaman yang dibuat dari salah sebuah kapal terbang yang lalu berhampiran dengan kawasan Warrumbungles National Park!

sso from air

 

 

0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments