Terkini! Sebuah Nova baru muncul di buruj Delphinus

Berita Buruj dan Bima Sakti Fenomena Penemuan Terkini

novadelphinus

Sebuah Nova atau ‘bintang baru’ sedang bersinar di dalam buruj Delphinus. Ia ditemui oleh seorang ahli astronomi amatur Jepun, Koichi Itagaki dari Yamagata pada August 14.750 UT

NOVA

Nova ialah apabila sebuah bintang tiba-tiba mengeluarkan lebihan tenaga dan bersinar pada kecerahan yang lebih tinggi dari kecerahannya yang normal. Ia selalunya berlaku apabila kepada bintang kercil putih, sejenis bintang yang berada di penghujung riwayatnya.

Rujuk SINI.

Apakah sebenarnya sebuah Nova?

FENOMENA BIASA

Kejadian nova ini boleh dikatakan banyak kali berlaku di bintang-bintang lain di langit. Maka, ia bukanlah kejadian baru dan pelik. Ia menunjukkan keadaan sesebuah bintang yang berada di dalam fasa yang tidak stabil.

LOKASI

Ia terletak di dalam buruj Delphinus. Buruj ini mungkin agak asing bagi kebanyakan kita di Malaysia. Malah jika ada yang baru hendak mencuba mencarinya, pasti akan kecewa kerana ia tidaklah secantik seperti buruj Orion atau Scorpio.

Anda perlukan pengetahuan yang agak mendalam berkenaan dengan lokasi bintang-bintang di langit untuk menjejakinya. Namun, jika anda mempunyai teleskop berkomputer, boleh lah cuba mencarinya di koordinat dibawah:

Location R.A. = 20 23 30.68, Decl.= +20 46 03.7 (J2000 coordinates)

KECERAHAN

Kini, ia berada di dalam magnitud 6.1 , iaitu kelihatan seperti bintang yang paling kelam boleh dilihat oleh mata, di lokasi yang paling gelap dan tiada gangguan cahaya langsung.

Jika anda berada di Kuala Lumpur, tak payah la susah-susah nak cari dengan mata kasar, kerana ia MUSTAHIL untuk dilihat dalam keadaan begitu banyak gangguan cahaya.

PAUTAN

Di bawah merupakan antara beberapa pautan internet yang mengandungi maklumat lanjut berkenaan dengan nova ini.

http://www.universetoday.com/104103/bright-new-nova-in-delphinus-you-can-see-it-tonight-with-binoculars/

http://www.skyandtelescope.com/observing/highlights/Bright-Nova-in-Delphinus-219631281.html

http://astroblogger.blogspot.com.au/2013/08/alert-bright-mag-6-nova-in-delphinus.html

http://www.itelescope.net/sky-alerts/2013/8/15/alert-bright-mag-6-nova-in-delphinus.html

http://www.virtualtelescope.eu/2013/08/15/possible-nova-pnv-j202330732046041-in-delphinus/

http://www.cbat.eps.harvard.edu/unconf/followups/J20233073+2046041.html 

CUBA

Jika anda mempunyai pengetahuan yang cukup dari sudut koordinat langit, dan pembacaan peta bintang yang detail (bukan yang jenis seperti planisphere), InsyaAllah boleh cuba mencarinya.

BERAPA LAMA LAGI

Nova selalunya akan muncul tiba-tiba, dan akan hilang dalam masa beberapa hari sahaja. Oleh itu kita tidak mempunyai banyak masa. Ayuh jom cuba cari.

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments