Komet Lovejoy C/2013 R1 dirakam akhirnya

Fenomena Rujukan, Peralatan & Perisian

C2013R1Lovejoy

Cuaca yang tidak menentu sepanjang 2013 ini, begitu mencabar kesabaran dan menduga iman! Boleh dikatakan hasil astrofoto yang dirakam cari balai cerap SGO saya untuk tahun ini begitu mengecewakan.

Namun, itulah antara asam garam kehidupan. Mungkin ada rahsia dan hikmah kesemua ini.

Ketika ini, beberapa buah komet yang ‘agak terang’ sedang  melintasi kawasan langit sebelah Subuh. Antaranya ialah Komet C/2013 R1 Lovejoy.

Komet Lovejoy ini kini berada di dalam buruj Canis Minor, berhampiran dengan bintang Procyon.

Baru-baru ini, setelah tamat program ceramah di UTeM, Melaka, saya singgah sebentar di Balai Cerap Teluk Kemang, dengan harapan untuk merakam Komet ISON (yang masih tak dapat nak rakam-rakam lagi.. adoii! )

Sekali lagi, awan menyelubungi kawasan ufuk timur. Sekali lagi belum ada rezeki untuk menjengah kehadiran ISON ini.

Namun, saya teringat ada sebuah lagi komet, iaitu Komet Lovejoy, turut berada berhampiran dengan kawasan komet ISON.

Saya pun berjaya merakam beberapa buah frame, menggunakan Canon 5DMkii menerusi teleskop Takahashi 85ED di balai cerap berkenaan. Walaupun lebih separuh daripada frame yang dirakam ‘hancur’ kerana kehadiran awan, dan hanya ada 4 keping frame aje yang elok, Alhamdulillah setelah diproses, ditonyoh, diuli menggunakan perisian PixInsight, berjaya juga menjejak Komet Lovejoy ini.

(Lihat foto di permulaan artikel ini)

Di bawah merupakan foto yang di-zoom ke arah komet berkenaan. Komet ini memang terang dan bersinar dalam magnitude 8! dan dijangka akan mencapai magnitude 5, iaitu di dalam lingkungan kecerahan yang boleh dilihat dengan mata kasar dari kawasan langit gelap.

C2013R1Lovejoy-zoom

 

Foto dibawah ialah setelah di “rescale” 200% dan invert serta ditukar ke grayscale. Menarik untuk dilihat di sini kehadiran coma yang agak diffuse disekelilingnya. Ekor tidak kelihatan di sini, kerana mungkin tak cukup exposure.

C2013R1Lovejoy_invertBW

 

Mudah-mudahan cuaca semakin elok dan Allah SWT berikan rezeki untuk merakam lagi komet ini!

 

0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments