Jawapan mudah: Tak boleh lagi!
(Foto atas: Sumber)
Sekarang ini (bulan Oktober) masih terlalu awal untuk kita lihat Komet ISON dengan menggunakan mata kasar. Ia masih terlalu jauh (ketika ini ia berada jarak 241 JUTA km… berhampiran dengan planet Marikh).
Kecerahannya pun masih sekitar magnitude 10.
Pada peringkat kecerahan seperti ini:
- Mustahil dilihat dengan mata kasar
- Agak mencabar melihatnya menggunakan binokular dari langit gelap (di Malaysia).
- Mustahil untuk dilihat menggunakan binokular dari langit kawasan bandar.
Ia juga masih terlalu kecil untuk dirakam menggunakan lensa standard kamera DLSR.
Ia juga mustahil dapat dirakam menerusi lensa wide-angle.
Anda perlukan sekurang-kurangnya memasang kamera itu pada sebuah teleskop untuk merakamnya.
(Foto atas: Contoh setup sebuah teleskop yang dipasangkan pada sebuah mount yang bermotor)
Dan teleskop itupun perlu dipasang pada mount atau tripod teleskop yang bermotor (iaitu yang boleh bergerak seiring dengan pergerakan objek di langit). Ini adalah kerana anda perlu set waktu dedahan (exposure time) dengan agak lama (lebih 30 saat).
Situasi ini mungkin akan berubah menjelang hujung bulan November nanti, apabila Komet ISON mula menghampiri matahari.
Buat masa ini, bersabar dahulu. Jangan kelam kabut dan jangan buat tuduhan tak tentu pasal. Ikutilah perkembangan semasa Komet ini menerusi laman web seperti Spaceweather, yang mana ia ada GALERI KHAS foto-foto yang telah dirakam oleh ahli astronomi yang menggunakan teleskop, atau bookmark sahaja LINK ini yang mana saya akan cuba kemaskini dengan informasi terbaru Komet ISON ini.