Zuhal dari sudut yang mustahil dilihat dari Bumi

Berita Misi Angkasa

20131016_saturn_20131010_f840

Planet Zuhal merupakan sebuah planet yang sungguh istimewa, hasil kehadiran sistem gelangnya yang begitu indah sekali. Tidak ada planet selain daripadanya di dalam sistem suria kita ini, yang mempunyai gelang yang amat mudah dilihat dari Bumi. (Nota: selain daripada Zuhal, planet Musytari, Uranus dan Neptune juga mempunyai sistem gelang, tetapi mustahil dapat dilihat dari Bumi)

Beberapa misi angkasa seperti Voyager 1 dan Voyager 2 sebelum ini telah merakam suatu pemandangan yang cukup indah, dari sudut-sudut seperti dari sisi atau belakang planet Zuhal ini, tetapi gambar terbaru dari misi Cassini baru-baru ini memberi dimensi baru terhadap keindahan sistem gelang Zuhal ini.

Lihat sahaja foto terbaru yang dirakam pada 10 Oktober 2013 lepas. Ia cukup unik kerana planet Zuhal itu sendiri dilihat ‘terpisah’ daripada sistem gelangnya. Jika dari Bumi, kita akan senantiasa melihatnya dengan gelangnya merentasi di hadapan ‘globe’ atau bulatan planet Zuhal itu, namun hasil pusingan orbit yang tinggi yang sedang dilakukan oleh kapal angkasa Cassini sekarang, kita dapat lihat Zuhal betul-betul dari ‘atas’, atau dalam kes ini dari pandangan kutub utaranya.

Hasilnya, bentuk sfera Zuhal itu ‘akhirnya’ terpisah dari gelangnya.

Wajib Klik SINI untuk foto bersaiz besar! Sungguh awesome!

Untuk capaian foto yang bersaiz besar, Klik Link ni, dan klik pada gambar Zuhal yang ada kat page tu. (Link yang asal ada problem sikit. Terima kasih yang menegur)

Foto ini amat besar, dan sebenarnya merupakan gabungan 12 keping shot yang membentuk 3 x 4 mosaic dan juga merupakan gabungan foto dari penapis R,G,B (Red, Blue, Green), lalu menghasilkan foto berwarna ini.

Menurut tulisan Emily Lakdawalla di laman web Planetary Society, foto ini telah digabungkan oleh seorang lagi ahli astronomi amatur, Gordan Ugarkovic yang gemar memproses foto-foto RAW dari misi-misi angkasa lepas untuk diberikan nafas baru dan perspektif yang baru. Beliau pertama kali pos foto ini di laman Unmanned Spaceflights.

 

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Suhaizal Mohamad

Bila klik link tu, x dpt kluar gmbar, …. forbidden..