Pada hari Jumaat ini, 9 Mei 2014, sebuah program antarabangsa yang digelar OneSky: International Sidewalk Astronomy akan dijalankan.
Ia merupakan satu program cerapan langit malam bersama-sama dengan peminat astronomi dan masyarakat sekeliling. Tujuan utamanya ialah untuk sama-sama berkongsi keindahan alam semesta yang dapat dilihat menerusi peralatan astronomi, seperti teleskop dan binokular.
Istilah Sidewalk Astronomy ini sering digunakan dan program seumpama ini pernah dijalankan oleh beberapa organisasi Falak dan Astronomi tempatan. Namun untuk tahun ini, ia agak berbeza sedikit yang mana selain daripada kita hadir bersama-sama dengan personaliti astronomi tempatan, kita juga digalakkan berkongsi foto-foto aktiviti menerusi laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan Instragram dengan menggunakan hashtag #OneSky sebagai lencana pengenalannya.
Saya bersama-sama dengan Henna Khan (Mumbai) dan Scott Lewis (Los Angeles, Virtual Star Party) telah berbincang bersama-sama beberapa minggu lepas dan bersepakat untuk menjadikan program ini berkonsepkan mudah, ringkas dan efisyen, dengan menggunakan segala ruang media sosial yang ada untuk mempromosi ilmu Astronomi kepada masyarakat setempat.
Di Malaysia, Alhamdulillah Balai Cerap Telok Kemang bersetuju menjadi tuan rumah rasmi bagi program OneSky versi Malaysia. Perinciannya adalah seperti berikut:
Tarikh: 9 Mei 2014
Waktu: 8 malam Ā 11 malamĀ hingga 3 PAGI!
Tempat: Perkarangan hadapan Balai Cerap Telok Kemang, Negeri Sembilan
Anda mempunyai teleskop? Bawalah bersama-sama dan kongsikanĀ minatĀ anda kepada masyarakat yang datang.
Jangan lupa ambil foto aktiviti yang dijalankan dan kongsikan menggunakan hashtag #OneSky secaraĀ real-time! š
Laman rasmi OneSky boleh dirujuk di SINI
Event Page untuk OneSky boleh rujuk di Facebook dan Google+
Anda turut ingin menganjurkan OneSky di lokasi sendiri? Tidak ada masalah. Program ini boleh dilakukan di mana-mana pun. Malah kalau hendak buat di depan rumah sendiri pun tak mengapa! Cuma, kami amat harapkan perkongsian bersama foto-foto itu nanti.
Jom, kita jumpa di sana pada 9 Mei 2014 nanti!