Meteor Perseid memuncak 12-13 Ogos nanti, tapi Bulan kacau!

Fenomena
Sumber
Meteor Perseid dari langit UK. Sumber

 

Setelah semua dok menggila dengan fenomena Perigee Full Moon (atau lebih popular dipanggil supermoon) semalam, jangan lupa pula dengan satu lagi fenomena langit yang akan muncul lewat malam 12 hinggalah ke Subuh 13 Ogos nanti, iaitu juraian meteor Perseids.

Meteor Perseids ini merupakan antara juraian meteor yang paling aktif di langit. Ia mempunyai kadar yang tinggi iaitu lebih kurang 100 meteor sejam ketika waktu puncak.

Namun, berdasarkan maklumat di IMO yang mana saya petik di bawah:

August’s full Moon spoils observations of the Perseids this year, whose peak is due at some stage between 19h UT on August 12 to 08h on the 13th, perhaps most likely around 00h to 03h on August 13, although modelling by J´er´emie Vaubaillon suggests the peak may be earlier, perhaps during the second half of August 12 instead.

.. jelas menunjukkan juraian untuk tahun ini akan diganggu oleh cahaya Bulan. Malah, banyak laman web astronomi meramalkan kadarnya ialah sekitar 30 meteor sejam sahaja untuk tahun ini.

Waktu puncaknya ialah antara 3 am hingga 4 pm pada Rabu, 13 Ogos 2014 (Waktu Malaysia). Maknanya bagi kita di Malaysia, menjelang Subuh hari Rabu itu ialah waktu yang ‘terbaik’ untuk melihat juraian yang banyak.

Tapi kena ingat! Cahaya Bulan yang baru je lepas Perigee semalam, akan menyinar kuat dan menyebabkan langit menjadi cerah, dan seterusnya mengurangkan lagi jumlah meteor yang boleh dilihat.

Malah, laman web IMO sendiri tidak memberi penekanan langsung untuk meteor Perseids tahun ini.

Namun begitu, meteor Perseid ini juga terkenal dengan meteor-meteor yang terang, dipanggil fireball. Jika anda dapat lihat satu dua fireball pun dah kira ok dan amat bertuah!

Jika kita tidak dapat ‘melihat’ meteor ini, kita juga boleh ‘mendengarnya’ menerusi FM radio! Sila rujuk  How to use your FM radio to detect meteors . Saya sendiri belum pernah mencubanya, tapi jika ada diantara anda yang pernah cuba, silalah beri pendapat anda di sini!

UK Meteor Network , sebuah rangkaian kamera-kamera untuk merakam meteor dan fireball di langit United Kingdom, telah berjaya merakam beberapa buah lintasan Perseid yang menarik. Saya kongsikannya di bawah.

Mereka juga mempunyai laman web khas memaparkan rakaman meteor terkini di http://www.ukmeteorwatch.co.uk/meteors

Seperkara lagi bagi anda yang ingin merakam meteor ini menggunakan wide-angle, disebabkan cahaya bulan yang terang, maka akan semakin susahlah untuk buat waktu dedahan yang lama. Foto akan akan menjadi terlampau terang dan menenggelamkan meteor yang ‘mungkin’ kelihatan di situ.

Selamat mencuba!

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments