1 minute read

InOMN logo-transparent Pada hari Sabtu ini, 6 Sep 2014, merupakan International Observe the Moon Night (InOMN) . Ia merupakan sebuah program tahunan bertujuan untuk menggalakan orang ramai melihat ke atas dan memerhati jiran terdekat kita, iaitu Bulan. Samada menggunakan mata kasar mahupun teleskop, seluruh peminat astronomi dunia akan sama-sama menyambut dan mencerap objek paling cerah di langit waktu malam ini. Bagi anda yang mempunyai teleskop, jom keluarkan teleskop itu dari almari berkunci atau kotak yang masih bersalutkan plastik itu, dan halakan ke arah Bulan. Rasanya tiada masalah langsung untuk membidik bulan menggunakan teleskop, kerana ia teramat besar dan terang. Tunjukkan kepada keluarga dan sahabat handai, serta jiran sekampung, keindahan Bulan di langit. Bulan sebenarnya cukup besar di langit, hinggakan mata kasar pun dah membolehkan anda melihat beberapa bentuk di permukaannya. [caption id=”” align=”alignnone” width=”640”]moon jupiter 10 mar 2014 Keadaan Bulan apabila dilihat dengan mata kasar © shahgazer.net[/caption] Apabila anda menggunakan teleskop berkuasa rendah, semakin banyak bentuk-bentuk permukaan akan mula kelihatan [caption id=”” align=”alignnone” width=”640”]MOON_LIGHT_1-125s_400iso_+38c_5189stdev_20130916-23h14m48s687ms Bulan menerusi teleskop berkuasa rendah. ©shahgazer.net[/caption] Dan apabila anda mula menggunakan kuasa pembesaran lebih tinggi atau teleskop yang lebih besar, resolusi akan semakin bertambah, dan anda akan berasa seolah-olah terbang di atas permukaan bulan! [caption id=”” align=”alignnone” width=”641”]moon11nov2013+42lat+2lon Bulan menerusi kuasa pembesaran lebih tinggi. ©shahgazer.net[/caption] [caption id=”” align=”alignnone” width=”800”]mons-bradley-2sep2014-2300MYT-F4100mm-img132e Antara kawasan pergunungan di Bulan. ©shahgazer.net[/caption] Oleh itu, jom jangan lepaskan peluang untuk sama-sama meneropong ke Bulan, dan melihat keajaiban sebuah dunia lain bersebelahan dengan bumi ini!